Zahnita Wilson wakil Malaysia Supermodel Search
Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson berjaya menempuh pemilihan Malaysia’s Supermodel hingga ketahap 10 finalis.

Emak kepada seorang anak bernam Zahrafeena kini berusia 24 tahun namun masih bergiat aktif dalam dunia seni hiburan terutamanya dunia lakonan. Pada umur 14 tahun Zahnita telah menjuarai pertandingan Miss Maybelline 2000. Antara filem yang dibintangi olehnya ialah Gila-gila Pengantin dan Kuliah Cinta.
Zahnita sugguh tidak percaya dengan merasa amat bertuah kerana berjaya menjadi 10 finalis Malaysia Supermodel Search memandangkan ramai peserta lain turut mempunyai rupa paras yang menarik. Namun Zahnita mengakui rupa paras sahaja tidak cukup, tetapi pakej kecantikan, keberanian dan kematangan juga perlu bagi leloloskan diri ke peringkat akhir.

Pertandingan diperingkat dunia telah mula diperkenalkan oleh Eileen Ford pada tahun 1980 dengan nama Ford Supermodel of the World. Sejak itu banyak supermodel terkenal lahir dari program berkenaan antaranya ialah Adriana Lima, Camila Finn, Chanel Iman dan Kang Seung-Hyun.
Pemenang bagi pertandingan Malaysia’s Supermodel Search ini akan mewakili Malaysia dikejuaraan dunia (Ford Supermodel of the World) yang mana pemenangnya akan membawa pulang RM50,000 dan bakal mengikat kontrak sebagai model dengan agensi peragaan terkenal dunia Ford Models.
















