Yasmin Ahmad Terselamat dari Maut?
Kami mendapat berita Yasmin Ahmad yang digosipkan memilih untuk menjadi wanita sebelum ini dikenali sebagai Zulkiflee Ahmad baru terselamat dari maut apabila berjaya menjalani pembedahan otak.
Puncanya kemalangan berlaku apabila Yasmin Ahmad telah terjatuh dengan agak teruk di Sri Pentas TV3. Dia tidak sedarkan diri terus dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan otak. Khabar angin cepat menyatakan yang dia sudah mati.
Namun berita yang baru kami terima menyatakan Yasmin kini stabil setelah berjaya mengharungi pembedahan otak.

Yasmin Ahmad sebelum ini di katakan sebagai seorang khunsa, iaitu mempunyai kedua-dua jenis kemaluan.
Dia dikaitkan dengan Zulkiflee Ahmad yang pernah merakamkan lagu bersama Rubiah Lubis dengan lagu Tunggu lah.

Jika betul pun gosip tu, bagi saya tidak salah jika Yasmin memilih untuk menjadi wanita dan meninggalkan sifat lelaki sepenuhnya. Itu adalah pilihannya.
Walaupun masih ramai yang kurang selesa dengan karyanya, namun untuk seketika ini ada baiknya kita mendoakan agar dia cepat sembuh.
















