Video Upacara Peringatan Michael Jackson The Memorial Live

CommentJuly 8th, 2009 04:09

Michael Jackson merupakan idola kebanyakan penggemar music dan seni. Sepanjang 50 tahun perjalanan hidupnya di habiskan bagi menghiburkan segenap lapisan masyarat di dunia. Hasil kerjanya selalu sahaja mendapat sambutang yang luar biasa tidak kira semasa menghasilkan album mahu pun ketika membuat persembahan. Ada sahaja kejutan dan aksi yang membuat peminat histeria dan tergilakannya.

Michael Jackson 1959-2009 RIP

Beliau bukan saja disegani sebagai artis tetapi sebagai duta dunia yang menyatukan semua manusia tanpa batasan bangsa atau keturunan. Kerja amalnya di iktiraf bukan sahaja di US tetapi turut diterima baik di negara lain. Sikap-nya yang lembut dan peramah membuatkan sesiapa sahaja disekelilingnya merasa senang. Ini di akui sendiri oleh sesiapa sahaja yang pernah bergaul dengannya terutamanya dari keluarganya sendiri.

Namun sebagai artis juga selebriti terkenal, Michael Jackson tidak dapat lari dari sebarang kontrolvesi, isu pembedahan plastik, isu kes cabul kanan-kanak, hutang, masalah keluarga, hal agama, dan sehingga beliau mati pun masih meninggalkan kontrolvesi. Terbaru di katakan Michael Jackson di kebumikan tanpa otak, ini kerana kerja autopsi (bedah siasat) masih belum sempurna dan keluarganya masih ingin tahu punca sebenar kematian Michael Jackson.

Berlangsung di Staples Center, Los Angeles satu upacara memperingati Michael Jackson diadakan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mayatnya.
Lebih kurang 11,000 orang membanjiri kolosium tertutup itu dengan di hadiri ramai artis dan sahabat terdekat Michael Jackson. Antara artis selebriti yang turut serta ialah Mariah Carey, Usher, Lionel Ritchie, Stevie Wonders, Brooke Shields,Quincy Jones dan Elizabeth Taylor.
Persembahan bagaikan konsert ini di selangi dengan ucapan dari kenalan terdekat Michael Jackson. Ramai daripadanya tidak dapat menahan sebak lalu menangis ini termasuklah Paris Jackson, seorang dari tiga anak Michael Jackson di akhir majlis.

Bagi mereka yang tidak berksempatan melihat siaran langsung di TV, di bawah ini ada video dari Youtube yang merakamkan upacara tersebut :




Michael Jackson (1958-2009)

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

1 commentTell us what you think...?

I hope….his families not sad always..MJ still together with you and fans…

[Reply]

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.