(Video) Preview Filem Evolusi KL Drift 2 Di Pawagam 25Mac2010

CommentFebruary 28th, 2010 19:19

Pada 25hb Mac ini satu lagi filem budget besar keluaran Primeworks Studios bakal menggegarkan pawagam. Filem arahan pengarah muda Syamsul Yusof ini adalah kesinambungan bagi siri yang pertama iaitu Evolusi KL Drift.

Dalam Siri Ke-2 ini lebih banyak babak drama, suspen dan aksi lagak (stunt) dengan kehadiran kereta sport dan pelakon yang lebih besar. Daripada video promosi (Official trailer) kita dapat saksikan yang filem ini punya sinematografi yang menarik, disamping lakonan yang lebih matang sudah tentu ianya suatu modal yang menjanjikan “Filem patut tonton” bagi tahun ini.

Sedikit sipnosis Evolusi KL Drift 2 :

Perlumbaan kehidupan Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack bukan lagi pelumba haram seperti dulu. Kini dia seorang “Drifter” profesional.
Dalam pada itu selepas kemalangan yang di alami, Sham bukan lagi drifter kerana kakinya tempang dan berjalan dengan bantuan tongkat. Peristiwa lampau dan keadaan dirinya yang cacat menghantui diri Sham.
Dalam kekalutan ini muncul seorang wanita bername Aleeya yang juga seorang drifter profesional. Aleeya mencemburui kehebatan Zack di litar lumba.
Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih lagi menaruh dendam keatas Zack. Wajahnya yang berparut menguatkan lagi keazamannya untuk menghapuskan Zack dan orang-orangnya.
Ery sebagai orang kanan Joe juga menaruh dendam pada Zack kerana kawan baiknya Karl dipenjarakan. Selain dari memburu Zack, Joe ingin menguasai seluruh perniagaan dadah di KL.
Inspektor Kamal mengesyaki beberapa siri kematian penjenayah dilakukan oleh Joe.
Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini?
Adakah mereka mampu mencecah garisan penamat tanpa sebarang komplikasi?

Antara barisan selebriti dan artis yang berlakon dalam filem ini ialah syamsul yusof ,scha, farid kamil ,aaron aziz ,Shaheizy Sam , hetty serlene, rizal ashraf , remy ishak , corey dan ramai lagi.

Prebiu Video (Official Trailer) Filem Evolusi KL Drift 2 :

Mari kita dengar pula lagu tema filem Evolusi kl drift 2 yang terbaru daripada James Baum, Syamsul Yusof, Ahli Fiqir dan Pop shuvit :

Lagu tema (OST – Original Sound Track) Movie Evolusi KL Drift 2 :

Nantikan kemunculan filem Evolusi KL Drift 2 di pawagam mulai 25 Mac 2010.

Kredit video, sipnosis kepada syafiq : syafiqrevolution.blogspot.com : terima kasih kerana menghantar video trailer dan ost kepada channel team kami.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

No CommentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results