Video Kemalangan Achik Spin Terbabas Terbakar Menaiki Toyota Estima di Lebuh Raya Kajang Seremban

CommentApril 20th, 2010 06:35

Video dan Gambar Kemalangan Achik Spin yang menumpang kereta Toyota Estima rakan terbabas dan terlanggar tiang papan iklan sebelum terbakar di Lebuh Raya Kajang Seremban.

Achik Spin atau nama sebenarnya, Abdillah Murad Md Shari, berumur 28 tahun telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan maut di Kilometer 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) berhampiran Perhentian Nilai, Lebuhraya PLUS kira-kira jam 6:15 petang 17 April 2010.

Achik Spin yang menumpang kereta rakannya yang menaiki Toyota Estima dalam perjalanan pulang ke rumah di Seremban 2. Kereta yang dipandu rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang papan iklan ditepi lebuh raya berkenaan. Arwah dikatakan tercampak keluar dari kereta dan maut ditempat kejadian. Nasib menyebelahi rakannya kerana sempat merangkak keluar sebelum kereta yang mereka naiki mula merebak.

Gambar Kereta Estima yang terbakar yang dinaiki oleh Acik Spin dan Rakan:

Kami di Blog Selebriti.tv ingin mengucapkan takziah kepada Isteri dan keluarga Acik Spin. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kredit Video = VideoKL.com
Kredit Gambar = ondscene.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

No CommentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results