(Video) Gelanggang Raja Lawak Musim ke 4 Akhir – Juara Kumpulan Kecik

CommentMarch 8th, 2010 03:08

Tahniah kepada Kumpulan Kecik kerana baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Raja Lawak Musim ke-4.

Ternyata undian penonton pada kali ini adalah tepat, ini berdasarkan persembahan tiga finalis di peringkat akhir yang berlangsung malam tadi.

Persembahan pembukaan dimulakan oleh Alex dengan tenang dan berjaya jika tidak banyak sedikit menghiburkan penonton dengan tema “pemandu teksi”.

Ia kemudian diikuti oleh persembahan yang tidak kurang mantopnya oleh kumpulan Kecik dengan tema “ROCK”.

Bagaimanapun Idlan dilihat kurang menyerlah pada persembahan pertama yang membawa tema “Burung Hantu”.

Gelanggang Raja Lawak 4 Final diteruskan dengan segmen ke-2 yang membawakan tema “Lawak Musikal”.

Pada babak kedua ini Alex dilihat lebih bersahaja namun kontent atau isinya agak kurang.

Kumpulan Kecik dilihat lebih menyerlah dengan susunan cerita dan punch-line yang baik.

Idlan pula punya pengisian yang agak kurang namun berjaya menghiburkan penonton dan peminat dengan gayanya yang tersendiri.

Juri-juri pada malam tadi juga cukup sporting dan dilihat komen-komen mereka malam ini lebih bernas dan membina. Tahniah pada Afdlin Shauqi, Bob Lokman, dan Din Beramboi.

Jozan sebagai pengacara tetap Raja Lawak turut tidak mengecawakan.

Rata-rata kami sendiri berpuas hati dengan Final Raja Lawak pada kali ini, dan pada kami Kumpulan Kecik memang berhak untuk bergelar Juara Raja Lawak Musim ke-4. Tahniah!

Berikut adalah video sedutan dari persembahan Final Raja Lawak musim yang ke-4 :

Lagi video Raja Lawak 4 Akhir :-
Part 3 : http://www.videokl.com/media/1582/Raja_Lawak_Musim_ke-4_Akhir_Part_3_Kecik/
Part 4 : http://www.videokl.com/media/1583/Raja_Lawak_Musim_ke-4_Akhir_Part_4_Idlan/
Part 5 : http://www.videokl.com/media/1584/Raja_Lawak_Musim_ke-4_Akhir_Part_5_Alex/
Part 6 : http://www.videokl.com/media/1585/Raja_Lawak_Musim_ke-4_Akhir_Part_6_Kecik/
Part 7 : http://www.videokl.com/media/1586/Raja_Lawak_Musim_ke-4_Akhir_Part_7_Idlan/
Part 8 : http://www.videokl.com/media/1587/Raja_Lawak_Musim_ke-4_Akhir_Part_8_Juara_Raja_Lawak/

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

No CommentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.