(Video) Filem Avatar 2009 Movie Special
Mula-mula kami terbaca mengenai filem Avatar 2 bulan lalu kami sangka ianya sebuah filem daripada rancangan kartun animasi Avatar, tetapi jangkaan kami meleset jauh.
Filem Avatar 2009 arahan James Cameron, pengarah yang sama untuk filem Titanic merupakan satu cerita yang orignal dan belum pernah diterbitkan dimana-mana sumber samada buku, televisyen dan lain-lain.
Filem ini dikatakan punya belanja yang lebih besar daripada Titanic, dan dijangkakan mencatat rekod baru kutipan BOX Office.
Pada pertengahan tahun ini kami sangka filem Transformer 3 adalah filem terbesar, namun sangkaan kami meleset selepas melihat sambutan filem 2012. Minggu ini kita bakal menyaksikan satu lagi filem yang bakal mengambil alih gelaran filem terbesar tahun 2009.
(Video Avatar Movie Special)
Filem Avatar ini mengisahkan sekumpulan manusia (Marin) yang inginkan hak mutlak keatas planet Pandora.
Ini kerana Planet Pandora mempunyai sumber mineral unik bernilai tinggi membuatkan manusia yang rakus cuba merampas tempat sumber mineral berkenaan daripada penduduk asal Planet Pandora (avatar).
Proses penaklukan tidak mudah seperti yang disangka apabila pihak Marin mendapat tentangan hebat
penduduk asal.
Pihak Marin membuat strategi dengan menghantar Jake Sully yang telah ‘dimasukkan’ kedalam tubuh salah seorang penduduk tempatan(Avatar) untuk dijadikan pengintip.
Dalam proses Jake Sully memasuki alam Avatar, dia didatangi seorang spesis betina dalam golongan Avatar. Bagaimana nasib Jack dan juga Avatar? Saksikan Filem Avatar yang kini ditayangkan dipawagam.
p/s : Kami jangkakan semua pawagam akan full house untuk Avatar 2 atau 3 minggu berturut-turut. Jadi elok buat tempahan awal sebelum masuk ke pawagam.
Boleh tengok full video avatar 2009 disini: http://blog.videokl.com/filem-avatar-2009-movie-online/








































share