Video Engku Allesya Semasa Cukur Jambul
Beberapa hari sudah berlangsunglah Majlis Cukur Jambung Engku Allesya, anak kepada pelakon wanita popular iaitu Erra Fazira dan COO Suria FM Engku Emran Engku Zainal Abidin. Majlis yang di tunggu-tunggu oleh semua pihak terutamanya media dan peminat Erra selamat di jalankan di Restoran Puteri, TTDI ( Taman Tun Dr Ismail) .

Erra memberitahu media yang dia sebelum ini bersedia untuk meletakkan Allesya sebagai tumpuan media kerana ini merupakan anak pertamanya. Erra perlu belajar menjadi ibu kepada Allesya dan memahami perangai Allesya sedikit jika tidak banyak. Ini penting supaya Erra dapat mengawal keadaan Allesya ketika berada pada tumpuan orang ramai.
Begitu juga dengan penjelasan Engku Emran yang juga pertama kalinya membina pengalaman sebagai seorang bapa.
Anda boleh lihat sendiri video yang dirakamkan ketika dan selepas Majlis Cukur Jambul Engku Allesya dibawah :
Tahniah kepada Engku Emran dan Erra Fazira atas kurniaan-Nya, Engku Allesya yang sangat comel.
















