Video Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza Memasak
Citarasa Bersama Dato’ Siti Nurhaliza telah pun keudara pada 11:05 pagi ini di TV1.
Citarasa Bersama Dato’ Siti Nurhaliza merupakan rancangan memasak pertama kelolaan Dato’ Siti yang diadakan dirumahnya sendiri di Bukit Antarabangsa.

Rancangan ini akan terus keudara setiap pagi Jumaat sepanjang bulan Ramadhan 2009. Pada episod pertama Dato Siti nampak anggun dengan mengenakan kurung moden berwarna pink. Pada kali ini Dato’ Siti tampil dengan 3 resepi istimewa iaitu Labu Masak Lemak Usah Diragui, Ayam Percik Ala Nonis dan Sagu Mangga Bisikan Asmara.
Selebriti jemputan pada kali ini pula ialah Datin Noniswara yang memperkenalkan masakan Ayam percik ala Nonis.
Bahan-bahan bagi resepi tersebut boleh diambi pada gambar dibawah:



Video Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza:
Citarasa Bersama Dato’ Siti Nurhaliza ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.
p/s : Penulis nak tahu apa gelaran Siti Nurhaliza sekarang? Dato’ atau Datuk atau Datuk Sri Hajah Siti Nurhaliza Hj. Taruddin?
















