Video Aril, Izwan Pilus, Stacy dan Chaq dalam AC Sempoi
Sabtu lalu AC Sempoi membawa dua pasang adik beradik artis dan selebriti yang memang popular ketika ini iaitu Aril dan abangnya Izwan Pilus, serta Stacy dan abangnya Chaq.

Seronok juga tengok rancangan AC sempoi, AC Mizal nampak macam biasa dengan kepala gila-gilanya. Gila tapi tak melampau, kira santai jugak la untuk layan TV petang Sabtu.
Macam biasa slot paling panas ialah slot Kaunter AC yang mana selalunya artis jemputan memang kene tembak dengan soalan-soalan membunuh.
Antara soalan panas minggu ini ialah soalan “Adakah Izwan pilus seorang lelaki tulin ataupun Bapok seperti kata sesetengah gosip liar diluar?”.
Soalan untuk Aril pula, “Kenapa susah sangat nak mengaku yang si ‘Ju’ tu makwe Aril?”
Chaq nampaknya selamat daripada soalan panas, mungkin sebab masih baru dan berhingus lagi. Tapi adiknya Stacy tak terlepas dari soalan gosip antara Nubhan dan Akim.
Paling tak tahan bila Chaq masuk kaunter dan aju soalan kepada adiknya sendiri “Napa selalu masuk tandas tinggal barang?”. Masing-masing sume hentam gelak bila Stacy kantoi.

Segmen Wow pada kali ini ialah Goldman atau dalam bahasa Melayunya Orang Emas. Memang satu badan semuanya warna emas. Kami sendiri sebenarnya ada koleksi video pribadi Goldman yang kami rakam masa jalan-jalan di Bintang Walk lebih setahun lalu.
Gambar sebelah kanan tu pula diambil semasa slot Garaj AC, yang mana Aril bawak bantal busuknya sebagai hadiah. Hehe..kira ok lagi la hadiah ni daripada hadiah dari chef Wan dulu. Ada ke si Chef Wan tu bagi Sepentot koyak, siap sarung bagi AC pakai lagi. Tak patut..tak patut.
Sesapa yang belum tengok AC sempoi sabtu lepas, boleh tengok video penuh AC Sempoi dengan artis jemputan Aril, Izwan Pilus, Stacy dan Chaq disini:
















