Tiz Zaqyah NurKasih kini sertai Spa Qistina?
Wah wah.. Pelakon jelita Tiz Zaqiyah yang popular dengan drama Nur Kasih kini dikhabarkan akan muncul didalam Spa Qistina pula.

Sebelum ini kami ada menyiarkan beberapa artikel berkenaan kontrolvesi drama Spa Qistina 2 apabila Nora Danish menarik diri akibat tidak puas hati dengan management Spa Qistina dan masalah peribadinya dengan Fasha Sandha.
Sebelum itu watak Maya yang sepatutnya dipegang oleh Nora dikatakan diambilalih oleh seorang lagi pelakon Drama Nur Kasih iaitu Ummi Nazeera. Namun kata putus rasmi masih belum diketahui kerana Datin Zaiton Muhd Jiwa (Kak Ton) sedang mengerjakan umrah.

Kalau betul tuah Tiz Zakiah ada di Spa Qistina, kami memang tak boleh lepas satu episod pun bila ia ditayangkan hehe.
Penggambaran drama Spa Qistina direhatkan seketika sebelum disambung pada 14 Disember ini.
















