Tengok Lisa Surihani, Julia Ziegler Bertudung Dalam Episod Siri Tv Tudung Ekspress

CommentJuly 12th, 2010 11:11

Siri TV Tudung Ekspress baru sahaja ditayangkan minggu lepas dan ianya mendapat pelbagai reaksi daripada penonton terutamanya peminat gadis jelita Lisa Surihani dan Julia Ziegler yang memegang watak utama dalam siri tersebut.

Tudung Ekspres mengisahkan Erin (Lisa Surihani), Dira (Julia Ziegler), Mei (Chermaine Poo) dan Del (Linda Hashim) berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengejar cita-cita dan isu semasa yang terpaksa wanita bertudung hadapi dalam konteks masa kini. Di samping penampilan sopan yang ditonjolkan, aspek kecantikan turut dititikberatkan di mana penglibatan Garnier dilihat membantu wanita untuk tampil lebih yakin dan jelita.

Kesempurnaan yang dicari, dilema persoalan cinta, isu agama dan cabaran cita-cita antara isu utama yang diutarakan dalam drama 13 episod ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tudung Ekspres setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 8 Julai ini, hanya di Astro Prima (saluran 105)

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

2 commentsTell us what you think...?
  • JEhanCun

Perasaaan tak, poster garnier selalu terlekat kat belakang diorang ni..hehehe… kelakar

[Reply]

Trackbacks / Pingbacks

Trackbacks from another website.

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results