Teman Lelaki Wana MyStarz LG Lancar Album
Maaf jika anda keliru dengan tajuk diatas. Sebenarnya penulis mahu membuat dua cerita didalam satu tajuk.
Satu tajuk ialah Gambar Teman Lelaki Wanna MyStarz LG dan satu lagi Wana MyStarz LG Lancar Album Baru. Gabungkan keduanya maka jadilah Teman Lelaki Wana MyStarz LG Lancar Album
Gosip Wana MyStarz LG dengan teman lelakinya muncul apabila terserbarnya gambar dibawah :

Gosip mengatakan jejaka berkenaan merupakan seorang krew Road Show Soyo, URTV 2009 bernama Faizal.
Sejauh mana kebenara gosip berkenaan hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu.
Pada satu lagi cerita, Wana yang juga Juara MyStarz LG Musim ke-2 telah selamat melancarkan Album pertamanya yang berjudul SIAPA?

Sidang Media dan Majlis Pelancaran Album Siapa? diadakan di Bangkok Jazz, Chulan Square, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Wawa yang mempunyai suara unik cuba menampilkan personaliti tersendiri telah menyampaikan 4 buah lagu pada masjlis tersebut.
Dalam album Siapa? ini terdapat 5 buah lagu iaitu Siapakah Orangnya, Gerhana Sebuah Percintaan, Orang Biasa, Ingin Bersama Kembali, Dalam Dilemma yang di ilhamkan oleh beberapa penerbit terkenal iaitu Lah VE, Ashraff, Rudi dan Audi Mok.
Turut hadir pada majlis terserbut ialah rakan artis MyStarz LG musim ke-2 seperti Nashrin dan lain-lain.
Tahniah buat Wawa atas pelancaran album pertama!
















