Stacy Tribute to MJ at Anak Wayang Finale
Malam kelmarin Stacy telah turun membuat persembahan Tribute kepada Micheal Jackson dengan mendendangkan lagu-lagu MJ di Pentas Akhir Anak Wayang.

Stacy Tribute Michael Jackson at Anak Wayang
Antara lagu Micheal Jacson yang di dendangkan oleh Stacy AF6 termasuklah You Are not Alone, Smooth Criminal dan They Don’t Care About Us.
Ini merupakan persembahan umum selepas persembahan Stacy pada Anugerah Planet Musik di awal bulan Julai.
Stacy mula agak meyakinkan semasa mendendangkan lagu You Are not Alone namun apabila sampai lagu terakhir Stacy nampak seakan pancit. Jika anda perasan Stacy seperti tercungap-cungap dan ada beberapa perkataan dalam lagu yang tak sempat di sebut. Tak tahu lah kan samada Stacy benar-benar tak cukup stamina menyebabkan pernafasan tak lancar, atau pun fokus dia sikit terganggu dek peserta Anak Wayang yang sibuk naik pentas di belakang Stacy.
Apa pun saya sendiri minat dengan Stacy sebab dia antara artis Pop wanita yang masih muda dan berbakat besar.
















