Sharifah Jasmine Soraya Gadis Melayu Terselamat?
Cerita panas berkenaan salah seorang peserta program realiti Gadis Melayu yang bernama Sharifah Jasmine Soraya Syed A. Jalil Jamalullail, 21 masih lagi menjadi buah mulut ramai orang. Ini termasuk wartawan hiburan tempatan (Diva) yang tampak hairan kenapa Sharifah Jasmine Soraya masih “disimpan” oleh pihak TV9 dalam program Gadis Melayu Musim ke-2. Terdapat lebih lapan keping gambar yang diterima oleh Diva melalui email dan salah satunya gambar panas Jasmine sedang bercium dengan seorang perempuan seksi dan merokok.

Salah satu adegan panas Sharifah Jasmine Soraya
Mengikut sumber Diva, Jasmine Soraya tidak akan disingkirkan daripada program Gadis Melayu kerana Gambar Panas tersebut adalah kesilapan masa lalunya dan dia tidak akan singkirkan kerana itu kisah silam.
Namun ada yang menafikan itu adalah gambar-gambar panas Sharifah Jasmine Soraya
itu adalah gambar silamnya memandangkan ada gambar berkenaan diambil pada bulan jun 2009 (lihat tarikh pada salah satu gambar panas dibawah).

Ada juga yang mempertikaikan kredibiliti Stesyen televisyen TV9 dalam menyalurkan program berunsur keagamaan menyiarkan program Gadis Melayu yang lebih bersifat Urban, bukan sifat-sifat ketimuran yang sepatutnya di pertontonkan.
Buktinya ialah apabila episod pertama Gadis Melayu Musim ke-2 memaparkan Gadis-gadis Melayu ini berpakaian basah sewaktu melakukan aktiviti lasak disalah sebuah lokasi air terjun. Adakah sesi aktiviti didalam sungai/air terjun ini sesuai bagi menonjolkan sifat Gadis Melayu sejati? Adakah seronok melihat gadis-gadis ini ketakutan ketika membuat wet-upceiling, body rafting & water rafting sampai ada yang berdepan dengan risiko lemas?
Mungkin ada yang berpendapat program seperti ini lebih sesuai dipertontonkan di saluran TV3 berbanding TV9 ataupun tukar tajuk daripada rancangan Gadis Melayu kepada Gadis Urban!
















