Selebriti Azwan Ali Hina Adibah Noor?
Tidak pasti samada Selebriti yang menghina Adibah Noor yang dimaksudkan didalam akhbar Utusan hari ini adalah benar-benar Azwana Ali (Diva no1 paling lazer! “konon”).

Sedikit sedutan dari Utusan.com.my :
niezam@utusan.com.my
BARU-BARU ni Niezam dapat panggilan telefon daripada seorang peminatartis paling comel iaitu Adibah Noor. Kata peminat itu, dia menangistiga hari tiga malam selepas membaca satu kenyataan seorang selebritiyang menghina Adibah.Peminat itu kata dia terkejut selepas membaca tulisan di blogcoretan selebriti berkenaan yang mengutuk peribadi Adibah termasuklahmenghina keadaan fizikalnya. Lebih memeranjatkan tulisan itu turutmenyamakan Adibah dengan makhluk lain.
Peminat itu suruh Niezam baca tulisan berkenaan tetapi tak sampaihati nak buka. Yalah… kita dengar cerita orang pun sudah tidaksanggup nak dengar apatah lagi untuk membacanya sendiri.Niezam nak persoalkan kepada “selebriti mangkuk hayun” tu kenapa dia dengki sangat dengan Adibah?
Adakah Azwan Ali merupakan “selebriti mangkuk hayun” yang di maksudkan oleh Niezam?
Kami di selebriti.tv pun tak 100% pasti, namun dari beberapa pemerhatian didalam forum artis tempatan memang ianya merujuk kepada Azwan Ali.
Ceritanya bermula di satu majlis yang dianjurkan oleh pihak Azwan Ali. Adibah Noor dikatakan telah keluar dari majlis berkenaan dan pada masa itu lah si Azwan mulut lazer ni “hantam” sama Adibah. Tak manis lah kalau saya letak ayat-ayat power Azwan Ali tu di sini. Tetapi antara beberapa quote yang sempat di ambil dari forum ialah “dugong dan lesbo” yang merujuk kepada Adibah. Memang melampau.
Hihat sahaja blog Azwana Ali, penuh dengan ayat-ayat tak sayang mulut. Bodoh, Anjing dan Bangsat dah seperti ayat biasa dalam penulisan blognya.
Kami di selebriti.tv memang berharap agar konflik ini dapat dihentikan, tapi umum sudah sedia maklum dengan keras kepala si Azwan kan, mana mungkin dia sanggup mulakan perdamaian selagi dia “normal” begitu.
huh! Artis oh artis!










































share