Raja Lawak 4 Al-kisah Din Beramboi sebagai Juri Tetap
Tahun 2010 menyaksikan Program Realiti mencari pelawak Raja Lawak telah masuk musim yang ke-4.
Pada musim kali ini Raja Lawak 4 masih mengekalkan pengacara tahun lepas iaitu Johan dan Zizan.

Apa yang menarik perhatian kami pada musim ini ialah pemilihan juri profesional tetap yang baru iaitu abang Din Beramboi yang menggantikan Abang Zaibo ataupun Samsul ghau-ghau ‘Mantop’.
Kami memang suka dengan abang Din, sapa tak kenal dengan kepala gila selambernya. Tapi ‘gila’ itulah yang buat kami risau sedikit sebab ada sesetengah lawak abang Din memang ‘gila’ banyak. Takut nanti ditirunya pulak oleh anak-anak kecil. Maklum lah budak-budak kan suka tiru lagat orang.
Video Salah satu adengan Al-Kisah Raja Lawak 4:
Banyak yang kami tonton lawak Din Beramboi menampakkan lawak yang agak kasar. Bahasa mahupun perlakuan nya kadang-kadang agak menjengkelkan. Contoh dalam beberapa episod Spontan Astro Warna dimana abang Din seringkali menggunakan ayat keras dan perlakuan kasar seperti memaki dan memukul kepala.
Terbaru kami ada menonton rancangan Jangan Lupa Lirik Astro Ria dimana Din Beramboi bersuara agak kasar kepada seorang peserta. Video Al-Kisah Raja Lawak 4 diatas juga ada menyaksikan abang Din menungging punggung kepada peserta yang tidak disukainya, menghenjut dilantai seperti orang kene sawan. Semua aksi itu bagi kami nampak agak terlebih sudah (over).
Lawak kasar jenis spastik begini memang banyak diaplikasi oleh pelakon sezamannya, sama juga seperti Ar Badul dan rakan-rakannya. Namun pada pandangan kami, sebodoh-bodoh lawak Mr Bean ianya lebih santai jika nak dibandingkan oleh lawak Din Beramboi.
Kami bukan benci abang Din, cuma perlakuan dalam sesetengah lawaknya saja yang kami tidak berapa nak gemar. Diharap abang Din dan juga pengacara serta juri yang lain dapat memikul tugas mereka dengan profesional dan bertanggungjawab.
Kami sudah tonton beberapa aksi peserta Raja Lawak Musim ke-4 (RL4), dan rata-rata ramai diantaranya menampakkan kualiti yang baik. Tak sabar rasanya kami nak tengok persembahan pembukaan RL4 nanti.
















