Pasangan Sein dan Nana Juara Sehati Berdansa Musim ke-3
Pasangan Sein dan Nana kini rasmi sebagai Juara Sehati Berdansa Musim ke-3. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ‘underdog’ ini.
Sejak pusingan separuh akhir lagi pasangan Sein dan Nana bukanlah pasangan pilihan. Ramai yang menjangka Zul dan Isma akan mengiringi Sazzy dan Nazril pada pusingan akhir.
Senario yang sama juga berlaku di Malam Kemuncak Sehati Berdansa Musim ke-3 Finale apabila Sein dan Nana diumumkan sebagai Juara. Kami yakin ramai yang tidak menyangka, ini termasuk pasangan Sazzy sendiri apabila mereka seolah-oleh terlopong seketika seperti tidak percaya mereka tewas.

Selaku juara, Sein dan Nana membawa sebuah kereta Audi A4 (1.8), pakej bulan madu ke Rom, Itali serta trofi rebutan sumbangan Astro. Wang tunai RM20,000 yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada rumah kebajikan yang diwakili mereka iaitu Persatuan Albinisma Kuala Lumpur dan Selangor.
Juara Sehati Berdansa musim ke-2 iaitu Lisdawati dan Fauzi Nawawi turut hadir pada malam semalam selaku juri jemputan. Juri lain ialah Linda Jasmine dan Joseph Gonzales selaku juri tetap Malam Sehati Berdansa.
Pengacara yang baru sahaja mencetuskan kontrolvesi Scha Al Yahya dan Awal Ashaari serta Fahrin Ahmad tetap mengacara Program tersebut seperti yang dirancang. Malam Kemuncak semalam turut diserikan oleh Juara AF7 iaitu Hafiz yang mendendangkan lagu tema SB3 manakala Stacy dan Adam pula berduet dalam lagu baru mereka, Menggegar Dunia.
Boleh tengok video rakaman penuh Malam Kemuncak Sehati Berdansa disini :-
http://www.videokl.com/media/1398/Kemuncak_Sehati_Berdansa_Musim_3_26-12-2009/
*Gambar kredit murai.com.my
















