Nur Kasih Siri Ke 2 Akan Di Filem-kan? VCD/DVD?

CommentNovember 2nd, 2009 09:00

Kami ada dengar ura-ura yang Drama Nur Kasih siri ke-2 tidak akan disambung di televisyen tetapi ianya akan diFilemkan di pawagam. Wah! best tu. Mesti Box Office punya lah!

drama nur kasih siri 2 filem vcd dvd

Mana taknya, drama Nur Kasih siri pertama yang masih ditayangkan di TV dan internet(Catchup TV3) sekarang ni dikatakan mencecah 28 juta penonton. Fuh! memang meletop gile cerita ni. Rata-rata peminat memuji adunan jalan cerita, audio visual serta keberkesanan watak yang dihidupkan oleh pelakon-pelakon Drama itu sendiri (Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera). Tahniah kami ucapkan kepada Team Nur Kasih.

khabir bhatia nur kasih filem vcd dvd

Filem Nur Kasih ini disahkan oleh pengarahnya sendiri iaitu Khabir Bhatia yang mahukan Nur Kasih siri 2 ditayangkan dilayar perak atas sambutan luar biasa siri pertama di televisyen. Isterinya yang juga penulis skrip Nur Kasih, Mira Mustaffa kini sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja merangka jalan cerita Filem Nur Kasih.

Khabir Bhatia tidak mempunyai masalah dalam membuat filem Nur Kasih kerana sebelum ini pun sudah tiga buah filem arahannya berjaya ditayangkan dipanggung antaranya ialah filem Cinta, Sepi, dan Setem.

Selain Nur Kasih, Khabir Bhatia juga mengarah beberapa buah drama lain iaitu Manjalara, Hartamas, Kekasihku Seru dan Tower 13.

Menurutnya lagi Filem Nur Kasih merupakan sambungan kepada 26 episod siri pertama.

Sama-sama kita nantikan kemunculan Filem Nur Kasih nanti.

* Tak sabar rasanya kami untuk melihat artis kesayangan kami Remy Ishak yang macho dan Tiz Zaqyah yang ayu kat panggung. Korang pun jangan lupa sama-sama penuhkan panggung bila Filem Nur Kasih nanti keluar tau. Biasanya kalau dah ada filem mesti nanti keluar VCD/DVD kan? Boleh la rembat sekali buat koleksi, Yay!

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :





share

  • Delicious
  • Facebook
  • Digg
  • Reddit
  • Google
  • LinkedIn
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • Twitter
  • RSS Feed

Topik Lain Mungkin Anda Minat :

comments

3 commentsTell us what you think...?

saya harap cerita nur kasih ada sanbungan ya.saya harap dpt mengrluarkan dvd dipasaran.

[Reply]

  • Ahmad Khairi

Saya harap dlm cerita Nur Kasih 2 nanti Adam dgn Nur semakin bahagia klau dpt anak lagi best.

[Reply]

  • anisahzainudin

nur kasih mmg best gile..x rugila klu wat cite ni smpi ber siri2!!

[Reply]

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2009 nanti?

    View Results