Nora Danish Tarik Diri Drama Spa Qistina?
Nora tidak disingkir dari produksi Spa Q tetapi Nora Danish Tarik Diri Drama Spa Qistina atas sebab jadual pengambaran yang sudah bertukar.

Nora mengulas isu penyingkirannya daripada drama Spa Qistina yang dikatakan telah diganti oleh Natasa Hudson kerana ada masalah disiplin.
Sebelum itu Nora juga dibabitkan dengan pergaduhan seorang lagi pelakon wanita (Fasha) yang baru dibawa masuk ke Spa Qistina, namun Nora menafikan yang dia terlibat.
Pemilik Global Station Sdn. Bhd. Zaiton Mohd Jiwa, juga menafikan perkara yang sama dan menambah yang semua artis dalam produksinya profesional ketika bekerja.
Zaiton menambah, pihak astro ada membuat preview Spa Qistina dan kurang berpuas hati dengan kualiti lalu menyarankan agar menggunakan Video Kamera HD( High Defination). Akibatnya Zaiton terpaksa menghentikan pemgambaran selama 4 hari serta mencari pengarah dan kru baru yang punya pengalaman mengendalikan perlalatan HD.
Perkara itu menjejaskan jadual pelakon dan kerana itulah juga si Nora menarik diri kerana jadual baru bertindih dengan jadual komitmen sediada yang lain.
Antara pengambaran yang bertindin itu ialah pengambaran Jangan Pandang Belakang Congkak 2.
Sumber : MetroAhad



















share