Nana kaut RM100ribu Program Jangan Lupa Lirik

CommentSeptember 17th, 2009 02:55

Mungkin tajuk ini agak ketinggalan, namun bagi mereka yang belum lagi melihat peserta yang memegang rekod hadiah wang tunai tertinggi dalam rancangan yang manawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1 juta ringgit, boleh la lihat rakaman video dibawah:


Rekod baru ini dipegang oleh peserta yang bernama Nana. Nana bermula dengan agak yakin namun sedikit goyah apabila melalui cabaran rm5 ribu ke 25 ribu ringgit. Namun satu demi satu cabaran itu berjaya ditempuhi sehiggalah sampai tahap RM100ribu ringgit.

Pengacara program Jangan Lupa Lirik iaitu Aznil Hj Nawawi juga agak teruja dengan peserta kali ini yang kelihatan yakin tetapi berhati-hati ketika memberi jawapan lirik lagu bagi hadiah wang tunai Rm50 ribu dan Rm100 ribu ringgit.

Dari pemerhatian kami Nana bukan sahaja pandai membawa lagu dengan gayanya sendiri tetapi dia memang mampu menghafal banyak lagu. Dia akui yang dia banyak habiskan masa berkaraoke, jadi tak heran la banyak lagu terbasuk lagu Inggeris, lagu lama dan lagu baru semuanya Nana layan.

Nana sempat memberitahu yang doa ayahnya termakbul sebab ayahnya ada memberitahu yang dia boleh sampai ke tahap rm100 ribu, tetapi Nana merendah diri dan hanya mensasarkan rm5 ribu untuk dibawa pulang.

Tambah Nana dia akan menggunakan wang tersebut untuk menunaikan haji bersama keluarga.

Tahniah Kami ucapkan kepada Nana. Sekelepuk dapat Rm100 ribu, sapa tak suka kan?

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

No CommentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results