Momok the Movie – Papar 6 Jenis Momok Tempatan

CommentSeptember 17th, 2009 04:47

Momok The Movie terbitan Galaksi Seni Sdn. Bhd. adalah filem terbaru arahan M.Jamil bakal menemui penontoh pada 20 September 2009.

momok the movie nabil raja lawak

Filem Seram yang memaparkan 6 buah cerita Momok Tempatan dikatakan bakal meletup semepena musim Hari Raya Puasa ini.

Filem seram ini dikategorikan sebagai PG-13 dimana ibubapa disarankan menemani anak-anak mereka yang berumur 13 tahun kebawah.

Sedikit sipnosis filem Momok The Movie:

Kisah bermula apabila Adlin pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Adlin seperti biasa akan bertandang ke Warung Pak Ajis untuk menikmati Mee Calong dan omong kosong. Kepulangannya kali ini untuk bertemu emakya Mak Ton, adiknya Isham dan Esah.

Pada sebelah malamnya setelah tiba dikampung, Adlin dan Kadir keluar ke warung Pak Ajis. Pelbagai insiden dan petanda yang seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Setelah sampai di warung Pak Ajis yang terletak di tepi tebing sungai di hujung kampung, seperti biasa mereka mula bersembang sehinggalah kepada cerita mengenai kisah-kisah seram. Pak Ajis, Adlin dan Kadir juga mendapat teman bercerita, Noniswara, gadis India pekerja kilang yang di ganggu peristiwa seram menaiki bas tanpa pemandu ketika pulang dari kerja pada malam tersebut.

Cerita kisah Pontianak, Pochong, Orang Bunian, Badi Mayat, Mayat Hidup Di Langkah Kucing Hitam dan Sampuk menjadi penglipurlara mereka berempat malam itu.

Temubual bersama pengarah M.Jamil dan pelakon aizal AF4 dan Mimi Radziah :

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini ialah Nabil Raja Lawak, Datuk Aziz Sattar, Abon, Julia Ziegler, M.Jamil, Ruminah Sidek, Shazleen Shahbi, Sarimah, Siti Rohani Wahid, Mior Ahmat Zaudi, Jamaluddin Abd Kadir dan beberapa lagi artis tempatan.

.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

No CommentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results