Mas Idayu dan Black Juara Mentor TV3 Intim?
Ingat lagi aksi Black memeluk Mas Idayu ketika diumumkan pemenang Mentor Musim ke-3?

Kali ni kami ada video terjah Mas Idayu dan Black Juara Mentor TV3 dilihat intim di bazaar ramadhan?
Sebenarnya mereka berdua tersempak dengan Samsul Ghau ghau sempena program Samsul @ Bazaar Ramadhan.
Semasa diaju soalan kepada Black tentang makanan kegemaran, Black menjawab kuih sampan yang juga popular dengan nama tepung pelita, Mas Idayu dengan mesra menyapa pipi Black ( lihat minit 1:14). Black pun dengan pantas megang tangan Mas yang ganas tetapi lembut itu daripada meliar.
Black pun macam tahu je masakan kegemaran Mas Idayu, Rendang Daging jawab Black.
Dua-dua ni nampak shopping sakan, ye la sorang rm 100 ribu ringgit kan menang mentor hari tu mestilah tengah loaded kan.
hehe.. jangan marah eh Black dengan Mas Idayu, kita kat blog selebriti ni gurau-gurau je. Comel anak Mas Idayu macam emak dia jugak. Black, bila nak keluar album baru? Tak sabar nak dengar suara Black terutama bila tarik pecah tekak tu.
Di bawah ni ada video Black dan Mas Idayu masa program Samsul at Bazaar. Enjoy :
















