Mampukah Drama Aliff Firdaus menyaingi Nur Kasih?

CommentDecember 10th, 2009 16:26

Malam esok kita bakal melihat pengganti kepada Drama bersiri Nur Kasih iaitu  Aliff Firdaus. Kalau sebelum ini Nur Kasih diarahkan oleh  Khabir Bathia, Aliff Firdaus pula diterajui oleh Rashid Sibir.

Gambar Drama Aliff Firdaus video record Tv3

Adakah Drama Aliff Firdaus mampu menyaingi aura Nur Kasih yang menarik lebih 18Juta penonton diTv dan internet? Sama-sama kita ikuti episodnya yang pertama malam esok.

Gambar Drama Aliff Firdaus video record Tv3

Sedikit Sipnosis Drama Aliff Firdaus :

Aliff Firdaus mengisahkan dia mahu mengikut jejak bapanya, Haji Madi melakukan kerja kampung seperti bersawah, menternak kambing dan menjadi imam. Ibunya, Hajah Mina pula mengambil upah menjual kuih.

Anak bongsu daripada lima beradik, hasrat Aliff mendapat tentangan hebat abang dan kakaknya yang masing-masing graduan universiti dan berjaya dalam karier. Along, penjual kereta, Angah (usahawan kedai perabot), Andak (pensyarah) dan Acik (hartanah).

Walaupun hidup senang dan mewah, perasaan mereka berempat bergolak dengan masalah sendiri dan tidak tenteram. Di kampungnya, Aliff jatuh cinta dengan Dira, gadis dari bandar. Menetap bersama ibunya di kampung itu, Dira mengusahakan tadika.

Sejak itu, hubungan Aliff dan Dira rapat. Aliff yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) enggan menyambung pelajarannya. Namun atas nasihat bapa dan kekasihnya, Aliff akhirnya akur.

Berhijrah ke KL dengan hati terluka, Aliff hilang haluan hidup. Adakah Aliff akan terus hanyut dengan keseronokan duniawi? Mampukah dia membezakan antara kesederhanaan hidup dan kemewahan dunia? Bagaimana pula kasihnya pada Dira?

Puas kami cari gambar Drama Aliff Firdaus tetapi tak jumpe, yang kami jumpa cuma gambar pengambaran di Rumah Banglo Linda Onn. Jadi kredit to Linda Onn.

Aliff Firdaus at Banglo Linda Onn

Tetapi dalam kami cari gambar Aliff Firdaus, kami terjumpa sorang yang punya nama sebijik dengan watak drama ini difacebook :-

gambar Aliff FirdausKami fikir individu diatas tiada kene mengena secara langsung dengan drama berkenaan. Tapi sapa tahu kalau drama ini sebenarnya memang mengisahkan hidup “Aliff Firdaus” diatas tu. Apapun popular la awak nanti ye bila drama Aliff Firdaus ni nanti mula ditayangkan.

Credit foto – blog linda onn.

Credit sipnosis – hmetro online.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

No CommentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results