Liyana Jasmay Bercinta dengan Aizat?

CommentOctober 18th, 2009 10:50

Liyana Jasmay bercinta dengan Aizat

Betul ke Liyana Jasmay Bercinta dengan Aizat?

Meh kita baca petikan selebriti di Harian Metro oleh ditulis oleh CAK :

Bila ada yang mengusik, selebriti remaja ini tidak pernah jawab dengan serius. Ayat yang selalu keluar dari bibir, tidak lain tidak bukan ‘kami kawan rapat’, disertakan dengan senyuman malu-malu kucing.

Biar apapun kata mereka, ramai teman media tahu ada sesuatu antara mereka. Sumber CAK memaklumkan, Liyana dan Aizat sememangnya serasi, malah hubungan paling lama pernah dijalin Liyana setakat ini. Kalau tak salah CAK, dah lebih setahun mereka bercinta.

CAK dengar mereka selalu meluahkan rindu menerusi telefon, SMS dan MMS. Malah dengan teknologi 3G, mereka boleh berkomunikasi dengan lebih selesa.

Bukan setakat itu juga, mereka juga sering bertukar-tukar hadiah. Biasalah, tengah asyik bercinta, masa itulah segala-galanya indah. Jiwa pun jadi lembut, mana yang nampak cantik di mata pasti mahu dihadiahkan kepada yang tersayang.

Malah di mana ada Liyana di situ juga ada Aizat. Kata sumber itu lagi, ketika malam pertama tayangan filem Papadom, Aizat dan rakannya menonton tayangan lewat malam di Tanjung Golden Village, KLCC. Malam itu juga Liyana buat kemunculan khas di panggung berkenaan.

Harapnya selepas ini Liyana dan Aizat sedia berterus-terang dengan media mengenai perasaan sebenar mereka.

Jangan jadi macam sesetengah artis, asyik nak mengelak saja.

Bila dah putus baru nak mengaku ‘frust’ menonggeng.

Korang rasa mereka berdua tu sepadan ke? Komen sikit.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

No CommentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results