Lagenda Budak Setan Kini DiKaca Tv (Drama)
Fenomena Filem Lagenda Budak Setan yang masing lagi terngiang-ngiang ditelinga setelah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan beberapa bulan lalu.

Filem adaptasi sebuah novel tersohor itu kini mengikut jejak Adnan Sempit apabila ianya kini dibawa kekaca televisyen pula.
10 Ogos lalu berlangsungnya episod pertama drama bersiri Lagenda Budak Setan.
Drama arahan pengarah terkenal Along Kamarudin ini masih mengekalkan hero utama iaitu Farid Kamil, namun heroin nya disandang oleh pendatang baru iaitu Maslina Nasir yang memegang watak Ayu.
Kami yang tengok drama ini pada hari tersebut kagum dan rasa tidak kecewa dengan persembahan yang disajikan. Senimatografi, audio visual semuanya se’Gah dengan standard Filem, tahniah! Ianya membuatkan kami tidak sabar untuk menonton episod seterusnya minggu hadapan.
Sedikit sipnosis Episode Pertama Drama Bersiri Lagenda Budak Setan.
Tarikh Siaran: 10 Ogos 2010 (setiap selasa)
Masa: 10.30 pm
Pelakon: Jue Aziz, Maslina Nasir, Farid Kamil, Melissa , Arifah , Nas T dan Ngasriah Ngasri.
TV : ASTRO PRIMA
Episode : 26
Sinopsis Filem & novel : http://bit.ly/lagendabudaksetanSiri itu bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina Nasir), lalu membuatkan dia jatuh cinta.
Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu terpaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.
Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalangan yang teruk.
Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu memulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz).
Suatu hari, Ayu atau Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita ini. Jangan lupa tonton Drama Lagenda Budak Setan setiap hari selasa jam 10:30 malam di Astro Prima.
Sesiapa yang terlepas Drama Lagenda Budak Setan Selasa lalu boleh la tengok rakaman Episode Pertama dibawah :-
Sumber sipnosis : mStar.
















