Kontroversi Tarian Pendet Enigmatic Malaysia Discovery Tv
Kami di Blog Selebriti.tv ingin turut serta didalam kempen menyampaikan fakta sebenar berkenaan isu Kontroversi Tarian Pendet didalam iklan Enigmatic Malaysia Discovery Channel.

Isu ini bermula apabila Discovery Channel telah membuat iklan kepada satu program dokumentari terbarunya yang berjudul Enigmatic Malaysia. Pada iklan tersebut tertera Tari Pendet yang mana asalnya adalah dari Indonesia. Rakyat Indonesia tidak berpuas hati kerana Tarian Pendet adalah dari Indonesia, mana mungkin dikaitkan dengan iklan dokumentari Malaysia.
Segelintir penduduk Indonesia yang berang bertindak mengadakan sekatan jalanan disana tanda protes kepada iklan tersebut dan menyalahkan Rakyat dan Kerajaan Malaysia.
Setelah dibuat pemerhatian iklan tersebut sebenarnya dibuat sendiri oleh pihak Discovery Channel tanpa pengetahuan dari pihak Malaysia.
Discovery Channel telah pun mengakui kesalahan tersebut dan memohon maaf kepada pihak Indonesia dan Malaysia diatas kemelut yang ditimbulkan oleh iklan promosi Enigmatic Malaysia.
Pihak Media terutamanya di Indonesia diminta segera menyampaikan kenyataan tersebut agar penduduk disana paham akan kedudukan sebenar seterusnya meredakan isu Tarian Pendet ini.
Video dari media Malaysia dan Indonesia beserta video asal iklan Tarian Pendet Enigmatic Malaysia di Discovery Channel :









































share