Konsert Seribu Warna Dato Siti Nurhaliza
Ya, korang tak salah tengok, Dato CT kita ni nak buat konsert lagi dalam masa terdekat ni.
Konsert yang diberi nama Konsert Seribu Warna Dato Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gandingan 3 beradik Dato CT iaitu Dato Siti Nurhaliza sendiri, Saida dan Sairah. Kumpulan Coda juga turut dijemput sebagai artis undangan.

Sedikit info Konsert Seribu Warna Dato Siti Nurhaliza:
1. Harga tiket dijual pada harga RM60 sahaja.
2. Hanya 4,000 tiket akan dijual daripada 12,000 tiket. (mungkin selebihnya tuk Hai-O kut..)
3. Penjualan tiket akan bermula esok, 22 Oktober 2009 di kaunter-kaunter yang telah dikhaskan.
4. Bagi mereka yang sudahpun membuat tempahan tiket lebih awal melalui agen tiket, ticket2u.biz secara e-mail sebelum ini, sekarang sudah boleh membuat pembayaran manakala tiket akan dikeluarkan.
5. Berikut adalah kaunter-kaunter yang telah dikhaskan untuk mendapatkan tiket konsert seribu warna:
Istana Budaya, Triways Travel & Tours di KLCC dan TTDI, MATIC, Sri Amera Holiday Sdn.Bhd. di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan Pasar Awam Precint 16, Putrajaya dan di TicketCharge di Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley.
Tunggu apa lagi, sape peminat Dato CT jom la pakat reramai beli tiket, rm60 je, kira berpatutan sangat la tu. Berbaloi baloi!








































share