(Video) Hairi Juara Anak Wayang Pertama

CommentAugust 1st, 2009 04:28

Hairi Juara Anak Wayang Musim Pertama.

Anak Wayang Akhir Hairi Hafiz

Berlintas langsung lebih 3 jam dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan di pancarkan melalui saluran astro ria 104, Pentas Anak Wayang telah pun melaburkan tirai persembahan akhirnya dengan penuh gemilang.

Anak jati Kedah, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi telah di umumkan sebagai juara Anak Wayang musim pertama.

Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Halim, 21 yang berasal dari Selangor mendapat tempat kedua.
Hairi meninggalkan Hafiz dengan peratus undian sebanyak 58% dan Hafiz pula hanya 42%.

Sebagai juara, Hairi berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, berlakon 60 episod drama di Astro, 2 tiket penerbangan ke Los Angeles, sebuah kamera Canon Model FS21, rawatan kecantikan Aster Spring selama setahun, wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Manakala Hafiz pula memenangi TV LCD 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro.

Rashid Sibir dan Nasha Aziz masih tetap sebagai pengkritik utama selain Erra Fazira sebagai juri undangan.

Antara pelakon yang di undang bagi menjayakan pentas akhir ini ialah Aaron Aziz dan Fouziah Gous bagi sesi layar hijau manakala segmen lakonan spontan monolog pula dibantu penyampai Riuh Pagi ERA, Hj Aznil Hj Nawawi dan Din Beramboi.

Sementara itu di awal pertandingan, mereka berdua diwajibkan berlakon monolog hasil nukilan Namron. Hairi memulakan lakonan monolog bertajuk Lembu. Hafiz pula kreatif dan bersahaja dalam monolog yang diberi nama VVIP. Selain lakonan, pembukaan pentas dimulakan persembahan memukau Ning Baizura dalam lagu Drama dan Fame.

Sebelum mengumumkan keputusan, Ella yang juga duta Canon mendendangkan lagu Puisi Hamba dan Rama-Rama, Ia diteruskan persembahan Farhan dan Musly Ramlee menerusi lagu Malam Pesta Mudi, Kisah Rumahtangga dan Malam Ku Bermimpi.

Penutup malam pertandingan dibuat Stacy menerusi lagu Micheal Jackson. Apapun, acara siaran langsung ini telah dihoskan oleh pelakon Rusdi Ramli dan Nurfazura sementara Zainal Alam Kadir pula mengendalikan acara karpet merah sebelum pertandingan berlangsung. Ia turut diserikan dengan kehadiran pelakon siri Kecuali Cintamu.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

3 commentsTell us what you think...?

congragulations, Hairi! I hope you can become better in the future..

[Reply]

tahniah to hairi!!! tumpang gembira bg awak n tumpang berbangga sb dapt jd winner!!!
ats sgala usaha dari school dlu smpai skang awak mmg layak dapt winner!!! you such a good boy!! tahniah my schoolmate!!!

[Reply]

hye hairi..tahniah sbb dah b’jy jd anak wyg ptme..walaupun dah lama perkara tu,but zaty rasa belum masih t’lmbt nak wish congrate kan??Huhuhuhu….
so,sy minat sangat kt hairi dari 1st hairi muncul kt dlm ank wyg utk merebut wtk pengurus acara..sampai skrg ble hairi muncul kt tv or paper,mesti zaty nak tahu perkembangan hairi..
pape pun i wish u gud luck dan semoga allah merahmati setiap perjalanan hidup hairi ok..amin..

…..izzati…….

[Reply]

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results