Hafiz Juara Akademi Fantasia Musim ke-7?
Tinggal 3 minggu lagi Akademi Fantasia Musim ke-7 bakal menutup tirai, dan kini tinggal 6 sahaja pelajar didalam akademi. Siapakah yang bakal menjadi Juara Akademi Fantasia musim ini?
Sekali lagi keputusan itu terletak pada tangan pengundi.

Hafiz Juara Akademi Fantasia 7?
Setelah pelajar kesayangan tenaga pengajar AF7 ARIL di keluarkan minggu lepas, kini tinggal Hafiz yang di lihat paling mendapat perhatian untuk menjadi pilihan pengajar, pengkritik dan juga pengundi (mungkin).
Hafiz dilihat mempunyai pakej lengkap bergelar ikon yang di sebut-sebut oleh pengkritik setiap kali membuat persembahan.
Peserta lain seperti Isma, Akim, Aisyah, Yazid dan Claudia di lihat belum mempunyai aura yang cukup untuk memikat hati pengkritik.
Siapakah juara sebenar AF7? Kita tunggu debaran kemuncak transformasi Akademi Fantasi Musim ke-7 dalam 3 minggu lagi.
















