Hafiz AF7 Sudah Potong Rambut Pendek? Tiada Lagi Rambut Afro.

CommentMarch 20th, 2010 16:46

Agak terkejut juga kami semalam ketika menonton Diari Akademi Fantasia 8 AF8. Ketika diakhir-akhir episod ada segmen penaja bersama Brands (Generasi Hebat), dan ada seorang tetamu istimewa (artis) telah diundang. Ya tetamu itu ialah juara AF7 iaitu Hafiz.

Apa yang lebih mengejutkan kami ialah Hafiz sudah potong rambut. Kini dia sudah berambut pendek, tiada lagi gaya Afro. Hehe. Daripada bancian yang dibuat diforum Cari, lebih 50% yang berpendapat gaya rambut pendek menampakkan Hafiz lebih kacak dan matang. Kami pun beranggapan begitu, fesyen rambut pendek Hafiz nampak lebih kemas dan komersial.

Nampaknya Hafiz pun tidak mahu ketinggalan dengan Fasyen Rambut Artis Malaysia 2010 seperti yang kami siarkan disini : http://blog.selebriti.tv/rambut-pendek-fesyen-pilihan-artis-malaysia-2010/. ;)

Mari kita lihat gambar Hafiz yang baru :

Amacam, betul tak cakap kami?

Disini punya video Hafiz AF7 berambut pendek semasa di Diari AF8 semalam :

Kami yakin dengan ‘make over’ terbaru ini, bakal menyaksikan populariti Hafiz akan terus meningkat. Semoga sukses Hafiz!

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

No CommentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.