Gosip Fasha Sandha, Rizal, Ekuin Negara (Qabil)
Gosip Fasha Sandha, Rizal dan Ekuin Negara (Qabil) dapat liputan di Harian Metro hari ini dengan tajuk Fasha Diserang!
Gosip ini keluar selepas sehari kami mengeluarkan topik yang sama (Gosip cinta 3 segi) di blog selebriti.tv

Sedikit artikel gosip Fasha Sanda di Harian Metro :
Sehari selepas seorang atlit ekuin negara mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha Sandha, pelakon itu teruk `diserang’ apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli, muncul di Internet.
Gambar pelakon dan model iklan itu memaparkan kemesraannya bersama Rizal dengan berpakaian serba putih yang agak seksi.
Enam keping gambar yang dipercayai dirakam pada majlis sambutan hari jadi seseorang, dikirim kepada Harian Metro menerusi e-mel selain dipaparkan di beberapa laman web hiburan tanah air.
Beberapa gambar artis jelita itu bersama Rizal ketika berada di trek lumba kereta turut berlegar di Internet…
“Ia gambar lama dan saya tidak tahu apa motif orang menghantar gambar itu ke Harian Metro. Lagipun gambar terbabit bukan kami berdua saja tetapi beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 25, berkata gambar itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia bukan menunjukkan sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Rizal.
Menurutnya, buat masa sekarang dia hanya mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya, tambahan pula selepas menjadi model barangan kemas Habib Jewel.
Harian Metro Rabu lalu melaporkan ekuin negara yang enggan namanya didedahkan, mengakui hubungan dengan Fasha sudah terjalin sejak setahun lalu dan difahamkan mereka bakal disatukan awal Januari depan.
Ekuin berusia 29 tahun itu dilaporkan berkata, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan sebaliknya akan membuat pengumuman bulan depan.
“Sekarang masih banyak masa, jadi kalau boleh saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Apabila keadaan mengizinkan, saya akan memberi penjelasan kepada anda (wartawan) semua,” katanya.
Nampaknya Gosip perkahwinan antara Fasha dan Ekuin Negara Qabil menampakkan kebenaran apabila Fasha cakap gambar dia dengan Rizal adalah gambar lama.
Dan Ekuin Negara iaitu Qabil bakal membuat pengumuman berhubung gosipnya dengan Fasha bulan depan.
Sama-sama kita tunggu…
















