Gambar Tunang Jimmy Pengacara AF8 Akademi Fantasia 8
Rasanya masih belum terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada Jimmy Shanley, Sarimah Ibrahim dan Norman KRU selaku orang baru didalam keluarga Akademi Fantasia 8 (AF8). Jimmy dan Sarimah dilantik sebagai pengacara bersama Program Realiti TV Akademi Fantasia Musim ke-8. Norman pula diberikan tugas yang lebih besar menggantikan tugas Tiara Jacquelina pada musim yang lepas iaitu selaku Pengetua AF.
Sapa yang tak kenal Jimmy Shanley mungkin boleh refresh balik tengok topik kami yang lepas disini: Gambar Jimmy Shanley Mesra Dengan Diana Danielle, Farid Kamil Jeles Tak?.
Dan untuk Sarimah memang tak perlu kenalkan lagi la kan, memang dia dah mengacara diari AF untuk musim yang lepas-lepas. Kebetulan beberapa hari sebelum pemberitahuan rasmi Sarimah sebagai pengacara kami ada membuat gosip Sarimah dengan pusatnya disini : http://blog.selebriti.tv/gambar-sarimah-tayang-pusat-di-the-biggest-loser-asia/
Boleh tahan juga Blog posting Sarimah dan Pusat tu sebab mendapat perhatian dibeberapa forum, blog dan media cetak tempatan.
Selain isu pemberian tugas kepada keluarga baru AF8, kami ada berita yang tak kurang hangatnya iaitu gosip mengenai status si Jimmy. Dengar-dengarnya Jimmy sudah bertunang secara senyap pada tahun lepas dan dijangkakan akan melangsungkan perkahwinan pertengahan tahun ini (Sekitar Julai 2010).
Menurut sumber kami, gadis yang bertuah itu berasal dari Pulau Pinang, anak mami ke ni? hehe. Hantaran pertunangan dikatakan bernilai RM 19,000 dan mas kahwin pula ialah RM 10,000. Dan yang paling meletup ialah kami berjaya mendapatkan gambar tunang si Jimmy ni. Boleh lihat gambar tunang si Jimmy dibawah (yang pakai cap tu):

Jimmy Shanley sudah pun selamat ditunangkan dengan seorang gadis di Pulau Pinang. Wohoo! Tahniah aku ucapkan kepada Jimmy Shanley dan gadis Pulau Mutiara tu. Mungkinkah gadis tersebut seorang anak Mami yang pakai gelang emas berjela-jela sampai ke ketiak? Wakaka!
Bagaimanapun kesahihan gambar tersebut masih belum dapat disahkan. Kami mendapat gambar tersebut dari blog si Amyza. Pada masa itu katanya gadis tu ialah kekasih Jimmy. Tak tahu la kan betul atau tidak, kalau si Amyza tu gebang kat blog dia maknanya kami pun turut sama ‘tipah tertipu’ la kan.
Kalau gosip ni betul, Insya’Allah dalam 5 bulan lagi adalah jemputan si Jimmy tu.

















