(Gambar) Perkahwinan Ajai dan NorLiza Ilyas
Tahniah kepada Ajai dan Liza (Faizal Maas) dan juga Liza (NorLiza Ilyas) kerana selamat diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri yang sah.



Majlis pernikahan selamat berlansung di Masjid Negeri Pulau Pinang dengan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai.
Norliza diwalikan oleh bapanya, Ilyas Muhammad kelihatan tenang dan berseri pada hari pernikahan dihiasai baju kurung moden berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman.
Pihak Liza menerima mas kahwin sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran sebanyak RM 15 ribu ringgit.
Keluarga Liza juga menerima tujuh dulang hantaran dari pihak lelaki dan membalas dengan sembilan dulang yang terdiri daripada senaskhah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet, satu set pakaian, sepasang kasut, kek yang dihiasi dengan nota muzik, tepak sireh, satu set wangian dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan dari pihak Selebriti.tv, semoga Ajai dan Liza berbahagia sehingga ke akhir hayat.








































share