Gambar Majlis Nikah Kahwin Aien Adik Ekin Isteri Mawi
Tahniah kami ucapkan kepada Adik Ekin iaitu Aien kerana selamat diijabkabulkan bersama pasangan dihari pernikahannya yang berlangsung pada 12/12/2009.

Aien yang juga merupakan kembar isteri Raja SMS Mawi World Ekin kelihatan berseri dengan mengenakan baju putih-silver.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam ini diadakan dalam keadaan sederhana namun masih mengekalkan adat dan rukun yang sepatutnya. Kelihatan media dan jurugambar turut sama menghadiri majlis tersebut.
Kami masih belum mendapat butir lengkap keluarga sebelah lelaki, namun yang pasti pasangan lelaki ada seorang duda.
Apa yang penting bagi kami ialah kedua pasangan mendapat restu ayah bonda dan ahli keluarga yang lain.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Aien dan pasangan.
Kami akan kemaskini entri blog ini dengan butiran lanjut untuk hari bersanding nanti.
Lagi Gambar Nikah Aien dan Suami :-

(Pasangan Aien Pengantin Lelaki bersedia untuk Akad Nikah)

(Aien Kembar Ekin Mawi dicium oleh pasangan lelaki selepas selesai akad Nikah)

(Aien Kembar Ekin Mawi terima wang hantaran mas kahwin daripada suami)

(Gambar Dulang hantaran nikah kahwin Aien Kembar Ekin Mawi dan Pasangan lelaki)

(Aien bergambar bersama kembarnya Ekin isteri Mawi)
















