Gambar Chef Riz Berseluar Dalam, Jadi Model ke?
Kami menerima beberapa keping gambar terbaru Chef Riz (Anak Cef Wan) dalam keadaan yang agak panas iaitu hanya berseluar dalam. Kelihatan seperti Chef Riz sedang membuat cat-walk, adakah dia sekarang dah masuk dalam bidang peragaan (modeling)?
Baru-baru ini dirancangan AC Sempoi Chef Riz didedahkan oleh bapanya sendiri iaitu Chef Wan bahawa dia pernah menjadi teman tapi mesra bersama Fasha Shanda. Namun Chef Riz menafikan mereka ada hubungan kekasih dan hanya sebagai teman biasa. Ditanya lagi samada Chef Riz pernah memasak masakan kepada Fasha, ya memang dia pernah tetapi hanya sebagai aktiviti biasa bersama teman-temannya.
Berikut adalah gambar terbaru Chef Riz. Awas! Gambar dibawah mungkin agak “panas” bagi sesetengah pengunjung, jadi kami tidak menanggung risiko jika anda “terbakar” :



Amacam, terbakar tak?
Itulah gambar body Chef Riz yang dulunya berlemak debab kini dah berketul-ketul.
kami nak tanya satu je soalan pada Chef Riz. Taknak buat Rancangan Memasak sendiri ke?
Dari pemerhatian Selebriti.tv, Chef Riz dah boleh mengacara rancangan memasak sendiri, itu pun kalau dia boleh memasak..opss…
Gurau je lah. kami tau yang Chef Riz pun memang pandai masak, contoh dimasa Chef Riz memnunjukkan resepi salad istimewanya didiari Akademi Fantasi 7 hari tu, betul tak?
















