Fiqa Siti Nur Syafiqa Juara Gadis Melayu 2
Tahniah kami ucapkan kepada Fiqa atau nama penuhnya Siti Nur Syafiqa kerana baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Gadis Melayu Musim ke-2.

Gadis yang baru berumur 20 tahun ini berasal dari Parit Buntar, Perak. Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin masih belajar di IPTA mempunyai personaliti yang lemah lembut. Namun dia bijak berkomunikasi dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli biologi dan personaliti tv yang berjaya.
Malam Terakhir (Season Finale) Gadis Melayu menyaksikan Fiqa, berjaya mengenepikan empat finalis lain iaitu Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) – merangkul gelaran Gadis Melayu, yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada juara Gadis Melayu musim kali ini iaitu Fiqa, Siti Nur Syafiqa.
Sedikit Video Malam Terkahir Program Realiti Gadis Melayu TV9 Musim ke-2 :
Part 1 Gadis Melayu 2 Akhir.
Part 2 Gadis Melayu 2 Akhir.
Part 3 Gadis Melayu 2 Akhir.
* Sedikit pesanan daripada kami untuk bakal peserta Gadis Melayu Musim ke-3, kalau korang nak masuk dan nak jadi juara, silalah pertimbang untuk pakai tudung sebab dah dua musim berturut penonton pilih perempuan bertudung jadi juara Gadis Melayu, betul tak?
















