Ezzat Nafi Punca Cerai Radhi OAG Shazlin

CommentAugust 19th, 2009 06:32

Hari minggu lepas Ezzat (Ezzat Mohd Tahir) membuat penafian sekeras-kerasnya didalam Melodi bahawa dia tidak pernah menjalinkan seks atau berkhalwat dengan Shazlin Sharif (isteri Radhi OAG) seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

ezzat mohd tahir

Didalam video yang disiarkan di Melodi Ahad lepas, Ezzat mengatakan yang memang dia ada hubungan dengan Shazlin tetapi hanya sebagai kawan dan pada masa awal perkenalan Ezzat tidak mengetahui Shazlin adalah isteri kepada bekas penyanyi OAG iaitu Radhi.

Ezzat bagaimana pun mengaku pernah mempelawa Shazlin kerumahnya bagi mengenali ahli keluarganya. Ezzat menambah yang dia terus cuba untuk tidak terlalu rapat dengan Shazlin setelah mengetahui yang Shazlin merupakan isteri orang.

Beberapa hari sudah kita dihebohkan dengan gambar-gambar sosial Shazlin seperti didalam pub atau kelab malam. Salah satu gambar berkenaan menunjukkan yang Shazlin sedang bercumbu dengan teman wanita lain. Namun kami tidak pasti samada gambar berkenaan diambil setelah atau sebelum Shazlin berkahwin dengan Radhi OAG.

Ezzat tidak bercadang untuk mengambil tindakan balas undang-undang tetapi dia menyerahkannya kepada keluarganya untuk membuat keputusan samada perlu atau tidak membuat tuntutan undang-undang bagi menjaga nama baik dan bisnes keluarga. Namun Ezzat mahu pihak yang menuduhnya supaya membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

1 commentTell us what you think...?

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.