Black Juara Mentor TV3 Peluk Mas Idayu
Tahniah buat Black Mentor TV3 kerana berjaya menewaskan dua lagi pencabarnya di peringkat akhir iaitu Chaq dan Fira dengan membawa pulang RM100,000, trofi dan sebuah kereta Kia Spectra 5.

Black pada mulanya di lihat tenggelam ketika duetnya bersama Mus (May) dan Shamrin (Fotograf) untuk medley lagu “Alam Fana Cinta” dan “Sinar” tetapi bangkit dengan lagu solo ‘Aku Rindu Sayang Kamu‘.
Black dilihat cukup bertenaga dengan vokal yang mantap walaupun mendapat sedikit kritik dari juri dari segi gerak tari.
Bagaimanapun pretasi Black Mentor 3 ternyata lebih baik berbanding Fira dan Chaq telah mendapat pengundian Juri dan penontoh apabila mendapat peratusan tertinggi sebanyak 75% berbanding 35.6% untuk Fira dan 52.8% untuk Chaq.
Walaupun tewas kepada Black Mentor 3, Chaq dan Fira masih boleh tersenyum apabila turut membawa masing-masing pulang RM30,000 dan RM10,000.
Tahniah kepada Mentor dan TV3 kerana telah berjaya mencipta juara yang benar-benar berbakat di mana mampu untuk bersaing dengan juara program realiti lain seperti Hafiz untuk Akademi Fantasi 7 dan Shah Indrawan @ Tomok untuk OIAM3.
Juri pertandingan akhir Mentor 3 ialah Acis, Zainal Abidin dan Sheikh Haikal manakala tugas pengacara di pegang oleh Ally Iskandar.
Di sebalik kegembiraan Black Mentor 3, terselit gosip hangat apabila Black mendakap rapat Mas Idayu.

Namun ramai mungkin melihat ianya hanya ikatan antara Anak dan Ibu. Terpulang kepada penonton.
Apa pun kami di selebriti.tv ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Black dan Mas Idayu sebagai juara Mentor Musim ke-3.










































share