(video) Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Buat Kenyataan – Tertekan Tak Mampu Beri Air Kencing

CommentDecember 27th, 2009 07:47

Seperti yang kami jangka Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya keluar membuat kenyataan media diset sidang media Malam Kemuncak Sehati Berdansa 3.

Scha Alyahya Awal Ashaari

Pelakon Syurga Cinta itu memberitahu media yang dia berada di Rootz Club, Bukit Bintang kerana ingin lepak seketika sementara menunggu Scha Al-yahya sampai. Scha Al-Yahya menjemput Awal untuk sama-sama meraikan majlis hari jadi rakan Scha yang baru pulang dari Melbourne Australia di Restoran Teeq Brasserie, Lot 10, Bukit Bintang.

(Video Sidang Media Kemuncak Malam Sehati Berdansa Musim ke-3 Finale)

Tambah Awal lagi, ketika dia berada di Rootz Club, tiba-tiba lampu dipasang dan musik diberhentikan katanya ada operasi pihak berkuasa sebab sebelumnya ada pergaduhan disana.

Awal Ashaari ditahan polis

Awal dan beberapa orang lain yang berada disitu diminta untuk memberi sampel air kencing.
Awal menjadi tertekan apabila ada pihak media menyebut namanya dengan kuat, menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan sample yang sepatutnya.

Akhirnya Awal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Disana barulah Awal dapat keluarkan sedikit sampel setelah beberapa kali meneguk air minuman.

Awal tertidur disana hingga jam 11:30 pagi sebelum dijemput oleh pengurusnya.

Scha pula memberi kenyataan yang dia lewat menemui Awal sebab lewat keluar dari pengambaran drama Awan Dania 2. Sampai di Teeq ianya sudah tutup dan mereka memilih Rootz sebab tiada pilihan lain disana.

Scha Al-yahya sehati berdansa

Scha mengaku dia tersilap pilihan dan kecewa dengan kejadian yang menimpanya. Namun Scha dan Awal menafikan yang mereka berada dibawah pengaruh dadah mahupun alkohol.

Scha dan rakannya hanya menurut pihak berkuasa dengan memberi sampel yang diperlukan sebelum dibebaskan untuk pulang kerumah.

Selain Scha dan Awal, pelakon Ridzuan Hashim dan Juliana Evans juga menerima pengalaman yang sama dan mereka dibebaskan selepas memberikan sampel air kencing dan didapati negatif.

p/s : Kami dengar ada sorang lagi artis atau pelakon yang kene tahan kerana positif ujian air kencing. Namun tiada siapa tahu apa nasibnya sekarang.

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :










comments

1 commentTell us what you think...?
  • cha

huhu..seb baeq awwal ngan scha x ap2…x kan la dyorg nk minum bnde 2 plak kan..i hope kowg x yah la g ctu lg..tkowt jd pe2 kang…abes sy x minat kowg lg..hehe,, guwau..sAlAm :)

*cha_isa*

[Reply]

Please note: Use of a non-personal web site or blog in the field and/or comments that are off-topic, personal attacks, or support requests will likely be removed at my discretion.


  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results