Astro Naik Harga Lagi?
Berkuat kuasa 1 Ogos 2009 yang lalu, penyiar berbayar terkemuka tempatan Astro, telah menaikkan harga bagi saluran sukan (811 – 814). Kesemua pakej yang mempunyai saluran sukan akan menerima kenaikan yang sama iaitu sebanyak rm12.95.

Penulis yang juga merupakan salah seorang pelanggan Astro turut menerima tempias yang sama.
Pernah menghubungi pihak astro untuk mengubah pakej langganan bulanan tetapi tidak dapat di tunaikan sebab terikat dengan kontrak selama 2 tahun. Lama juga tu, tak apa penulis sabar menunggu. Tetapi belum pun habis kontrak, astro sudah menaikkan harga pakej kerana saluran sukan sudah naik harga.
Sepatutnya harga pakej semasa harus lah kekal selama kontrak masih berjalan (2 tahun), sebab atas kontrak penulis memilih pakej RM59.95. Jadi sepatutnya itu lah nilai yang harus dibayar sepanjang kontrak.
Bagaimana Astro boleh terlepas dengan kontrak yang berat sebelah ini? Pelanggan tidak boleh mengubah (downgrade) sebarang pakej yang di langgan selama 2 tahun, tetapi Astro sesuka hati boleh mengubah yuran bulanan dalam tempoh yang sama. Ini tidak adil kan?
Penulis juga paham yang hak siaran EPL khususnya telah meningkat, tetapi Astro perlulah lebih bijak dalam mengurus dan memperbaiki segala kelemahan yang ada. Dalam kes penulis, ianya tidak patut membebankan pelanggan memandangkan pakej sukan ialah pakej tawaran percuma kepada pakej famili. Sekurang-kurangnya pakej promosi ini tidak perlu di naikkan harga kecuali selepas tamat tempoh kontrak di mana pelanggan ada pilihan untuk meneruskan melanggan saluran tertentu atau pun tidak.
Penulis bercadang untuk membuat aduan di tribunal pengguna dalam masa terdekat.


















share