Akademi Fantasia Diteruskan untuk Musim Ke-8 (AF8) Ujibakat Januari 2010

Rancangan realiti tv popular Akademi Fantasia kini diteruskan lagi untuk musim kelapan (AF8). Tarikh ujibakat telah pun dikeluarkan oleh pihak pengurus AF8 dan Astro. Bagi mereka yang berminat boleh hadir ke ujibakat yang diadakan seperti tarikh dan tempat berikut :-
1) Stadium Nasional Bukit Jalil 9 dan 10 Januari 2010
2) The Zon, Johor Bahru 16 dan 17 Januari 2010
3) Redbox Gurney, Plaza Gurney 16 dan 17 Januari 2010
4) Hotel Promenade, Kota Kinabalu 22 hingga 24 Januari 2010
5) Hotel Merdeka Palaca, Kuching 23 dan 24 Januari 2010
6) Stadium Nasional Bukit Jalil 30 dan 31 Januari 2010
Setiap peserta ujibakat bebas untuk memilih pilihan lagu berikut:
(Lagu pilihan untuk peserta wanita)
- Gagap – Stacey
- Jika Kau Ubah Fikiran – Mila
- Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah
- Dan Sebenarnya – Yuna
- Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
- When You’re Gone – Avril Lavinge
(Lagu pilihan untuk peserta lelaki )
- Situasi – Bunkface
- Hujan – Sudirman
- Ada Untukmu – Nubhan
- Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah
- Fikirlah – Aizat
- I’m Yours – Jason Mraz
Syarat-syarat penting untuk setiap peserta ujibakat :
- Peserta lelaki dan wanita
- Berumur antara 18 hingga 45 tahun
- Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan
- Dua keping gambar berukuran 4R, (gambar profil dan paras pinggang)
- Salinan kad pengenalan
- Kaunter akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga satu petang.
Walaupun Akademi Fantasi sudah masuk musim ke-8, namun bahangnya tetap terasa. Cuma ianya mungkin tidak segah sewaktu ia mula-mula diperkenalkan dulu. Kerana kini sudah banyak program realiti tv muncul distesyen tv percuma. Saingan AF8 ialah OIAM4 dimana waktu siarannya adalah hampir sama.
Namun apa yang pasti masing-masing ada kekuatan tersendiri. Apa yang menggerakkan program realiti tv ialah pesertanya. Kalau AF8 berjaya mencungkil bakat-bakat berkualiti dan disukai ramai nescaya ianya boleh meraih tumpuan seperti mana zaman kemuncak AF iaitu ketika Mawi bertapak.
Setiap kali musim baru pasti timbul gosip siapakan yang bakal memikul tanggungjawab sebagai pengetua. Sama-sama kita tunggu.
















