Archive for September, 2010

Top 10 Artis Selebriti Malaysia Paling Popular di Facebook

September 1st, 2010 02:01

Ingat lagi blog entry yang kami tulis mengenai Facebook artis dan selebriti Malaysia disini : http://blog.selebriti.tv/artis-selebriti-malaysia-paling-popular-di-facebook-fanpage/?

Artis selebriti Malaysia Paling Popular di Facebook

Nampaknya banyak kedudukan carta Artis Malaysia paling popular di facebook sudah berubah. Ada beberapa fanpage artis sudah pun melepasi paras setengah juga peminat(fans).

Mari kita lihat senarai terbaru Top 10 Carta Artis Selebriti Malaysia Paling Popular di Facebook :-

1. Lisa Surihani : 612,399 fans

Ya, Lisa Suriahani mengejutkan kita semua apabila naik secara mendadak dari tempat ke-5 kepada no.1 dengan jumlah peminat melebihi 612 Ribu.

2. Aznil : 506,864 fans

Pak Nil mendapat kedudukan ke-2, namun dari segi peningkatan ianya merupakan yang paling tinggi iaitu dari tangga ke-8 kepada no.2 paling popular.

3. Fara Fauzana : 484,648 fans

Farah Fauzana jatuh dari tangga pertama kepada no.3 paling popular.

4. Scha Alyahya : 460,681 fans

Scha Alyahya juga jatuh dari tangga ke-2 kepada no.4

5. Fahrin Ahmad : 385,374 fans

Fahrin Ahmad naik satu anak tangga.

6. Yuna : 339,681 fans

Yuna naik 2 anak tangga.

7. Nabil : 326,033 fans

Nabil Raja Lawak naik dari no.12 ke no.7

8. Faizal Tahir : 308,536 fans

9. Awal Ashaari : 299,630 fans

10. Tiz-Zaqyah : 289,115 fans

Tempat terakhir dalam carta Top 10 ialah heroin Drama dan Filem Nur Kasih iaitu Tiz Zaqyah.

Merujuk pada kedudukan lalu, hanya dua artis selebriti yang terkeluar dari carta top 10 iaitu Shahir AF8 dan Liana Jasmay.

Itu lah senarai 10 artis selebriti Malaysia paling popular di Facebook berdasarkan bilangan fans(peminat).

Jika anda perasan ada artis yang kami terlepas pandang yang sepatutnya duduk dalam Top 10 sila beritahu pada komen dibawah.

Blog Widget by LinkWithin

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results