Archive for August, 2010

Anak Artis Selebriti Mana Yang Paling Comel? FESYENISTA BABY KIKO

August 14th, 2010 21:02

FESYENISTA BABY KIKO yang kini masih ditayangkan setiap hari Ahad Jam 6:30 Petang di Astro Ria namun keputusan pemenangnya sudah pun diketahui ramai. Jika anda tidak mahu “Spoiler”, jangan tengok gambar dan perenggan terakhir sekali dibawah ;-)

Rancangan FESYENISTA BABY KIKO adalah pertandingan peragaan baby comel. Bukan sembarangan baby tau.. tetapi baby artis dan selebriti tempatan yang dijemput khas untuk turut serta. Antara yang mengambil bahagian ialah Baby Erra Fazira, Sabrina, Abby Abadi, Rosmah AF, Rita Rudaini, Nadia, Lisdawati dan Enot.

Mari kita tengok beberapa gambar baby kiut-meut diorang ni :-

baby erra fazira engku aleesya
Engku Aleesya Baby Erra

baby girl sabrinas FESYENISTA BABY KIKO
Baby Sabrina

baby girl abby abadi FESYENISTA BABY KIKO
Baby Abby

baby girl rosmah af FESYENISTA BABY KIKO
Baby Rosmah AF

baby boy nadia FESYENISTA BABY KIKO
Baby Nadia

baby boy rita rudaini FESYENISTA BABY KIKO
Baby Rita Rudaini

baby girl lisdawati FESYENISTA BABY KIKO
Baby Lisdawati

baby girl enot FESYENISTA BABY KIKO
Baby Enot

Dan Siapakah pemenang FESYENISTA BABY KIKO 2010?
pemenang baby cute FESYENISTA BABY KIKO
Ya, tahniah pada Engku Aleesya!
Menang RM30,000 tu..kenyang Engku Emran dan Erra :D

Baby lain yang tak menang tu jangan kucewa ye, sebab semuanya kiut-meut macam mak bapaknya ;)

Lagenda Budak Setan Kini DiKaca Tv (Drama)

August 12th, 2010 15:52

Fenomena Filem Lagenda Budak Setan yang masing lagi terngiang-ngiang ditelinga setelah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan beberapa bulan lalu.

Drama Lagenda Budak Setan di Tv Astro Prima

Filem adaptasi sebuah novel tersohor itu kini mengikut jejak Adnan Sempit apabila ianya kini dibawa kekaca televisyen pula.
10 Ogos lalu berlangsungnya episod pertama drama bersiri Lagenda Budak Setan.

Drama arahan pengarah terkenal Along Kamarudin ini masih mengekalkan hero utama iaitu Farid Kamil, namun heroin nya disandang oleh pendatang baru iaitu Maslina Nasir yang memegang watak Ayu.

Kami yang tengok drama ini pada hari tersebut kagum dan rasa tidak kecewa dengan persembahan yang disajikan. Senimatografi, audio visual semuanya se’Gah dengan standard Filem, tahniah! Ianya membuatkan kami tidak sabar untuk menonton episod seterusnya minggu hadapan.

Sedikit sipnosis Episode Pertama Drama Bersiri Lagenda Budak Setan.

Tarikh Siaran: 10 Ogos 2010 (setiap selasa)
Masa: 10.30 pm
Pelakon: Jue Aziz, Maslina Nasir, Farid Kamil, Melissa , Arifah , Nas T dan Ngasriah Ngasri.
TV : ASTRO PRIMA
Episode : 26
Sinopsis Filem & novel : http://bit.ly/lagendabudaksetan

Siri itu bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina Nasir), lalu membuatkan dia jatuh cinta.

Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu terpaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.

Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalangan yang teruk.

Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu memulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz).

Suatu hari, Ayu atau Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita ini. Jangan lupa tonton Drama Lagenda Budak Setan setiap hari selasa jam 10:30 malam di Astro Prima.

Sesiapa yang terlepas Drama Lagenda Budak Setan Selasa lalu boleh la tengok rakaman Episode Pertama dibawah :-

Sumber sipnosis : mStar.

Did Bill Cosby Die? Kecoh Khabar Angin(Hoax) Pelakon Terkenal Hollywood Mati.

August 3rd, 2010 09:49

Internet Hoax said Bill Cosby dead, yang bermaksud khabar angin diinternet mengatakan pelakon terkenal hollywood Bill Cosby telah mati.

Ini adalah kali kedua dalam tahun yang sama berita mengenai kematian Bill Cosby tersebar diinternet.

Namun wakil jurucakap Bill Cosby menafikan khabar angin tersebut.

Bill Cosby atau nama penuhnya William Henry “Bill” Cosby, Jr. lahir pada 12 Julai 1937 di Philadelphia, Pennsylvania. Ini bermakna umur dia sekarang sudah mencecah 73 tahun.

did bill cosby die? or just internet dead hoax

Nama Bill Cosby mencapai zaman kegemilangan ketika rancangan bual bicaranya The Cosby Show popular pada tahun 80an.

Bill juga banyak menerima anugerah disepanjang kerjaya seninya.

Kini dia hanya bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah dalam memberi kesedaran terutamanya keatas golongan remaja African American yang mempunyai masalah social yang getir seperti gangsterism, dadah dan seumpamanya.

sumber : internet, wikipedia.

Blog Widget by LinkWithin

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.