Archive for July, 2010

Tahniah Asraf Juara Imam Muda Musim Pertama

July 31st, 2010 17:21

Syabas dan tahniah buat Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan kerana baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Imam Muda musim yang pertama yang disiarkan di Astro Awani 106 malam Jumaat semalam.

asraf juara imam muda

Asraf yang pada mulanya tidak percaya kerana dipilih sebagai juga, kemudiannya memanjangkan kesyukuran atas kemenangan tersebut.

“Saya berasa gembira bukan disebabkan saya dinobatkan sebagai juara. Namun saya lebih gembira kerana program dapat ditonton oleh umat Islam di seluruh dunia.

Hasbur yang juga saingan Asraf dalam pusingan akhir turut bersyukur atas segala keputusan juri an undian. Mereka(Hasbur dan Asraf) bercadang untuk menubuhkan kelas agama dan kelab mereka sendiri kelak.

“Insya-Allah, kami akan menubuhkan kelas agama dan kelab untuk remaja,” kata Hizbur.

Sesiapa yang ketinggalan melihat malam kemuncak tersebut boleh lihat rakaman semuala disini:-

Sistem pengadilan dan pemarkahan dikira berdasarkan ujian teori sebanyak 50% dan praktikal masing-masing 20%, manakala 30% markah lagi ditentukan pada pusingan kemuncak.

Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar, Ustaz Shahrizan Daud, Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Ia dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Majlis Pertandingan Akhir Imam Muda semalam turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Program Realiti Imam Muda telah mencipta sejarahnya sendiri apabila mendapat liputan luas daripada media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York.

Sebagai Juara Imam Muda Musim Pertama Asraf menerima hadiah seperti berikut :-
1. Kereta Proton Exora bernilai lebih RM150,000
2. Pakej menunaikan haji
3. Wang tunai RM20,000
4. Komputer riba Apple MacBook pro
5. Telefon bimbit iPhone 3G
5. Berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi
6. Jawatan(Kontrak) sebagai imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahniah kepada mereka yang telah berjaya dan team produksi Imam Muda kerana berjaya melahirkan program realiti yang bermutu.

Tengok Lisa Surihani, Julia Ziegler Bertudung Dalam Episod Siri Tv Tudung Ekspress

July 12th, 2010 11:11

Siri TV Tudung Ekspress baru sahaja ditayangkan minggu lepas dan ianya mendapat pelbagai reaksi daripada penonton terutamanya peminat gadis jelita Lisa Surihani dan Julia Ziegler yang memegang watak utama dalam siri tersebut.

Tudung Ekspres mengisahkan Erin (Lisa Surihani), Dira (Julia Ziegler), Mei (Chermaine Poo) dan Del (Linda Hashim) berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengejar cita-cita dan isu semasa yang terpaksa wanita bertudung hadapi dalam konteks masa kini. Di samping penampilan sopan yang ditonjolkan, aspek kecantikan turut dititikberatkan di mana penglibatan Garnier dilihat membantu wanita untuk tampil lebih yakin dan jelita.

Kesempurnaan yang dicari, dilema persoalan cinta, isu agama dan cabaran cita-cita antara isu utama yang diutarakan dalam drama 13 episod ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tudung Ekspres setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 8 Julai ini, hanya di Astro Prima (saluran 105)

Andres Iniesta Hero Spanyol Jaring Gol Kemenangan Minit ke-116

July 12th, 2010 06:14

Tahniah Spanyol (Spain) kerana berjaya menjulang piala kegilaan bola sepak “World Cup” 2010 setelah menundukkan Belanda (Netherlands) 1-0.

Spanyol seharusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada wira mereka Andres Iniesta, kerana menjaringkan Gol kemenangan diminit ke-116.

Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.

Iniesta menjaringkan gol kemenangan Spain selepas menjaringkan gol di minit-minit akhir masa tambahan di Stadium Soccer City, Afrika Selatan.

Ini adalah kemenangan World Cup pertama bagi Spanyol. Tahniah!

Blog Widget by LinkWithin

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.