Archive for 2009

Nur Kasih Siri Ke 2 Akan Di Filem-kan? VCD/DVD?

November 2nd, 2009 09:00

Kami ada dengar ura-ura yang Drama Nur Kasih siri ke-2 tidak akan disambung di televisyen tetapi ianya akan diFilemkan di pawagam. Wah! best tu. Mesti Box Office punya lah!

drama nur kasih siri 2 filem vcd dvd

Mana taknya, drama Nur Kasih siri pertama yang masih ditayangkan di TV dan internet(Catchup TV3) sekarang ni dikatakan mencecah 28 juta penonton. Fuh! memang meletop gile cerita ni. Rata-rata peminat memuji adunan jalan cerita, audio visual serta keberkesanan watak yang dihidupkan oleh pelakon-pelakon Drama itu sendiri (Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera). Tahniah kami ucapkan kepada Team Nur Kasih.

khabir bhatia nur kasih filem vcd dvd

Filem Nur Kasih ini disahkan oleh pengarahnya sendiri iaitu Khabir Bhatia yang mahukan Nur Kasih siri 2 ditayangkan dilayar perak atas sambutan luar biasa siri pertama di televisyen. Isterinya yang juga penulis skrip Nur Kasih, Mira Mustaffa kini sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja merangka jalan cerita Filem Nur Kasih.

Khabir Bhatia tidak mempunyai masalah dalam membuat filem Nur Kasih kerana sebelum ini pun sudah tiga buah filem arahannya berjaya ditayangkan dipanggung antaranya ialah filem Cinta, Sepi, dan Setem.

Selain Nur Kasih, Khabir Bhatia juga mengarah beberapa buah drama lain iaitu Manjalara, Hartamas, Kekasihku Seru dan Tower 13.

Menurutnya lagi Filem Nur Kasih merupakan sambungan kepada 26 episod siri pertama.

Sama-sama kita nantikan kemunculan Filem Nur Kasih nanti.

* Tak sabar rasanya kami untuk melihat artis kesayangan kami Remy Ishak yang macho dan Tiz Zaqyah yang ayu kat panggung. Korang pun jangan lupa sama-sama penuhkan panggung bila Filem Nur Kasih nanti keluar tau. Biasanya kalau dah ada filem mesti nanti keluar VCD/DVD kan? Boleh la rembat sekali buat koleksi, Yay!

Malam Sehati Berdansa Musim ke-3 Minggu ke-2

November 1st, 2009 11:23

Malam semalam berlangsung sudah Malam Sehati Berdansa Musim ke-3 Minggu yang ke-2.
Pada kali ini tema Disko digunakan bagi menguji kretiviti Koreographer dan kelincangan pasangan artis dan selebriti dalam tarian mereka.

malam sehati berdansa musim ke-3 minggu ke-2

Rata-rata persembahan malam ni kami rasa OK sahaja, pada kami malam disko musim yang lalu lebih menarik dan mencabar jiwa.

Dari pemerhatian kami, ada sedikit pertikaian dengan pemarkahan juri. Ada peserta yang kami fikir patut dapat markah lebih tetapi dinafikan begitu juga sebaliknya. Malah malam semalam juga tercatit satu rekod baru apabila akak Anita Sarawak memberi markah penuh 100 kepada pasangan Sazzy dan Nazril.

Juga markah yang diberikan kepada pasangan Enot dan Zainul nampak seperti markah kesihan, ye la walaupun kami memuji semangat mereka meneruskan persembahan walaupun selepas mendapat kecederaan tetapi bab markah perlulah profesional.

Apapun mari kita layan video Malam Sehati Berdansa Musim ke-3 Minggu ke-2 dibawah.

Video Pasangan1 = Isma & Zul – Separuh Masa, Pasangan 2 = Sein & Nana – Le Freak, Pasangan 3 = Anita & Ismadi – Pilihlah Aku :

Video Pasangan 4 = Dira & Ash – Let’s Dance Together, Pasangan 5 = Mirna & Noorah – Staying Alive, Pasangan 6 = Enot & Zainul – Gina :

Video Pasangan 7 = Didie & Sham – Hey Hey Teksi, Pasangan 8 = Oshin & Firdaus – Let’s All Chant,Pasangan 9 = Sazzy & Nazril – Funky Town:

Enjoy!

Aishah AF7 Pilih Qhaud Jejaka Istimewa

November 1st, 2009 11:21

Aishah AF7 Pilih Qhaud Jejaka Istimewa?

Itulah persoalah yang cuba diajukan oleh Selebriti di MetroAhad terhadap gadis cilik molek yang bernama Aishah.

Suatu di Akademi Fantasia 7 Aishah sering digosip bersama dengan Akim, AC Mizal sendiri sering mengusik mereka berdua. Namun kini hubungan mereka dilihat dingin, namun dalam senyap Aishah sebenarnya memendap cerita yang dia kini tidak bersendirian.

aishah-af7-qhaud-teman istimewa

Aishah mengaku yang dia kini berkahwan rapat dengan bekas AF7 juga iaitu Qhaud. Aishah menambah mereka mula mesra selepas kembara AF7 berakhir.

Kata-katanya itu dikuatkan lagi apabila Qhaud sendiri menemaninya semasa ke sesi fotografi Selebriti dijalankan.

Anak kelahiran Kuching Sarawak ini menambah yang hubungan mereka masih diperingkat permulaan dan mereka menyerahkan hal jodoh kepada-Nya.

Kami diblog selebriti ingin tumpang gembira dengan hubungan mereka, namun mereka perlu ingat mereka ni masih mentah dalam dunia hiburan, apatah lagi dalam hal kedihupan. Harapnya mereka dapat merancang pejalanan hidup mereka dengan baik agar berbahagia hingga ke akhir hayat. Boleh ikut contoh abang akak mereka iaitu Khai dan Rosma, minta tunjuk ajar dari mereka.

Video Azwan Ali Menangis Komen Doa Dia jadi Anjing

November 1st, 2009 08:52

Azwan Ali sudah bertaubat?
Persoalan ini sebenarnya sudah berlegar dihampir setiap artis, selebriti , peminat mahupun wartawan sejurus Azwan Ali menyatakan hasrat untuk menunaikan Umrah/Haji.

gamabr azwan ali menagis bertaubat

Persoalan ini dikuatkan lagi dengan artikel-artikel dimedia cetak juga diblog-blog gosip dan hiburan diinternet yang menyatakan hasrat Azwan Ali untuk bertaubat dan berhenti daripada membuat gosip, komen dan kritikan lazer kepada sesiapa sahaja.
Kenyataan ini bertambah kuat apabila kami juga ada menulis artikel semasa Azwan Ali muncul dengan penambilan yang lebih maskulin semasa dijemput ke studio AC Sempoi.

Kini Azwan Ali “Baru” muncul pula diMelodi. Lebih meyakinkan apabila Azwan Ali tersentap dengan soalan yang kononnya ada orang mendoakannya menjadi anjing ketika di Ka’abah nanti.
Azwan Ali yang tersedu, kelihatan hilang kata-kata buat seketika dan hanya dapat mengalirkan air mata mencurah-curah.

Kami bukanlah hendak menyokong mana-mana pihak, tetapi jika manusia itu hendak berubah kearah kebaikan kami setuju sahaja. Itulah yang sebaik-baiknya. Ikuti ramakan video melodi dibawah untuk melihat Azwan Ali menangis :

Lagi Gambar Azwan Ali menagis insaf dan bertaubat diMelodi:

Gambar azwan ali menangis insaf bertaubat diMelodi

Gambar azwan ali menangis insaf bertaubat diMelodi

Kecoh Scha Memey Bergaduh Rebut Teman Lelaki?

October 24th, 2009 11:19

Kecoh bila Memey Suhaiza dan Scha Al-Yahya bercakaran dalam berebut teman lelaki. Memey dilihat lebih agresif dengan menengking dan bergedik, sebaliknya Scha berlagak cool sambil membertahankan teman lelakinya.

Semua ini terjadi didalam studio AC Sempoi setelah seorang penontong cuba menjadi batu api dengan mengajukan soalan panas lagi lazer. AC Mizal selaku pengacara program talkshow berkenaan kelihatan kaku dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Boleh tengok video dibawah untuk lihat adegan panas tersebut (Lihat pada minit ke 8:30) :

Part2 Scha-Memey AC Sempoi:

memey-vs-scha

Scha juga telah diajukan pelbagai soalan-soalan panas lain, antaranya ialah hubungannya dengan Fahrin Ahmad. Ada juga penonton yang bertanyakan kenapa muka Scha ada iras-iras muka bekas teman wanita Fahrin. Mulanya Scha cuba cover dengan jawapan selamba tetapi sedikit terkedu bila AC sendiri mengakui memang muka dan suara Scha seiras dengan Linda Onn.

Memey juga tidak terlepas dari soalan-soalan pedas kaunter AC, tidak lain tidak bukan ada kaitan dengan diri dan keluarga Norman Hakim.

Korang boleh tengok sendiri video penuh AC sempoi (Scha dan Memey) dibawah :-

Part1 Scha-Memey AC Sempoi:

Part3 Scha-Memey AC Sempoi:

Part4 Scha-Memey AC Sempoi:

Enjoy!

Khairy Jamaluddin Harpers Bazaar Men Mag Cover?

October 24th, 2009 11:18

Khairy Jamaluddin Harpers Bazaar Men Magazine Front Cover? Biar Betik!?

Khairy Jamaluddin (KJ) Pemuda UMNO Masuk Cover magazine majalah Harpers Bazaar for Men

Kami pun terkujat apabila diterserempak dengan gambar majalah tersebut. Kami juga tidak dapat mengesahkan kesahihan wijudnya Majalah Harpers Bazaar Men Magazine dengan front Cover ikon Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Jika betul kami ucapkan tahniah, tetapi jika auta, ini bermaksud esok adalah hari peperangan bagi KJ dan sekutunya.

Daripada Cover Mag tu kita tahu Harper’s Bazaar for Men ni sejenis majalah untuk lelaki berkejaya, punya status, bergaya, metroseksual dan setara dengannya. Kiranya kena juga lah dengan status KJ sekarang.

Dengar-dengar tahun ni takde bonus untuk kakitangan kerajaan. Bukak ofis minggu depan tentu kecoh dengan topik ni. Mula la diorang tu buat alasan malas keje. Dengan harga barang terutamanya maknan yang meningkat, isu minyak petrol, kes sosial yang pelik lagi jelik, tentunya semua ini akan terus menghiasi dada-dada media arus perdana.

Malam Sehati Berdansa Musim 3 Minggu Pertama

October 24th, 2009 11:13

Malam yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Tak..kami bukan nak cerita pasal malam pertama pasangan kelamin, tetapi Program Realiti Artis dan Selebriti Berdansa dengan pasangan masing-masing iaitu “Malam Sehati Berdansa” bagi musim yang ke-3.

malam sehati berdansa 3 minggu 1

Korang tentu dah tengok topik peserta Sehati Berdansa yang kitaorang tulis hari tu (http://blog.selebriti.tv/video-peserta-program-sehati-berdansa-musim-3/), malam ni diorang dah pun tunjukkan skill dance maut masing-masing.

Sesapa yang belum tengok atau terlepas siaran jangan kuatir kerana kami ada jumpa beberapa videonya disini :

Part1, Intro dan Persembahan pasangan Sazzy dan NazrilImpak Maksima :

Part2, Pasangan ke-3 = Dira dan AshAnak Ayam, juga Pasangan ke-4 = Mirna dan NoorahLow :


Part3, Pasangan ke-5 = Oshin dan FirdausPakai Buang, Pasangan ke-6 = Didie dan ShamTukang Gempak :

Part4, Pasangan ke-7 = Sein dan NanaMei Ban Fa, Pasangan ke-8 = Isma dan ZulCome Get Some :

Part5, Pasangan ke-9 = Enot dan ZainulHip Hop Era Remix. Status Ranking Undian Peserta, Tarian rasmi Sehati Berdansa dan Penutup :

Nampaknya Pasangan Favorite kami telah menunjukkan prestasi yang power sekali. Harapnya minggu-minggu seterusnya diorang dapat maintain performance dan stamina sampai jadi juara sehati berdansa 3 nanti.

Tak boleh nak expose sape, nanti bias pulak hehe.

Konsert Seribu Warna Dato Siti Nurhaliza

October 21st, 2009 11:09

Ya, korang tak salah tengok, Dato CT kita ni nak buat konsert lagi dalam masa terdekat ni.
Konsert yang diberi nama Konsert Seribu Warna Dato Siti Nurhaliza bakal menyaksikan gandingan 3 beradik Dato CT iaitu Dato Siti Nurhaliza sendiri, Saida dan Sairah. Kumpulan Coda juga turut dijemput sebagai artis undangan.

konsert seribu warna dato siti nurhaliza

Sedikit info Konsert Seribu Warna Dato Siti Nurhaliza:
1. Harga tiket dijual pada harga RM60 sahaja.
2. Hanya 4,000 tiket akan dijual daripada 12,000 tiket. (mungkin selebihnya tuk Hai-O kut..)
3. Penjualan tiket akan bermula esok, 22 Oktober 2009 di kaunter-kaunter yang telah dikhaskan.
4. Bagi mereka yang sudahpun membuat tempahan tiket lebih awal melalui agen tiket, ticket2u.biz secara e-mail sebelum ini, sekarang sudah boleh membuat pembayaran manakala tiket akan dikeluarkan.
5. Berikut adalah kaunter-kaunter yang telah dikhaskan untuk mendapatkan tiket konsert seribu warna:
Istana Budaya, Triways Travel & Tours di KLCC dan TTDI, MATIC, Sri Amera Holiday Sdn.Bhd. di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan Pasar Awam Precint 16, Putrajaya dan di TicketCharge di Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley.

Tunggu apa lagi, sape peminat Dato CT jom la pakat reramai beli tiket, rm60 je, kira berpatutan sangat la tu. Berbaloi baloi!

Senario The Movie 2 Beach Boys The Making

October 20th, 2009 11:07

Senario datang lagi, kali ni dengan The Beach Boys.

Lan pet pet, Wahid dan Azlee Senario bakal bikin kecoh di Pulau Pangkor. Yep! kami baru je tengok The Making Senario The Movie : The Beach Boys dah boleh kami katakan ianya nampak lebih menarik dari episode sebelumnya.

Senario The Movie Episode 2 The Beach Boys

Kenapa kami cakap menarik? sebab satu ada pantai(pulau pangkor), keduanya ada awekz. Yup! kali ni diorang bakal bercouple masing-masing hehe.
Maria Farida, Mek Siti dan Marsha Milan Londoh bakal memegang watak gadis gedikz, ayu dan ganaz.

Dalam ketiga-tiga awek tu kami minat tang Mek la pulak. Sedap dengar dia kecek kelate campur siam.

Jom Tengok Senario The Movie Episode 2 (The Making of):

Sedikit sipnosis Senario The Movie Episode 2 The beach boys :

Dalam Senario The Movie Episode 1, Azli, Wahid, dan Mazlan merupakan tiga sekawan yang sangat rapat dan di akhir cerita mereka bekerja di Zoo Negara. Setelah bosan 3 bulan bekerja, mereka merancang untuk pergi bercuti. Setelah meneliti pelbagai destinasi percutian di dalam internet, mereka sepakat memilih Ariba Ariba Resort sebagai destinasi pilihan. Melalui gambar dan info-info yang diberi, Ariba Ariba Resort merupakan destinasi percutian tepi pantai yang amat menarik. Oleh itu, mereka mulai memohon cuti selama 2 minggu untuk bercuti.

Kisah bermula apabila Azli, Wahid, dan Mazlan sampai di jeti dan ketika menaiki feri, dompet mereka telah dicuri. Mereka juga terlanggar tiga orang gadis iaitu, Qasidah, Hamidah dan Zuraidah yang juga ingin menaiki feri yang sama dan terjadilah perbalahan kecil antara mereka. Setelah sampai di Ariba Ariba Resort alangkah terperanjatnya mereka apabila Ariba Ariba Resort tidak seindah seperti yang disangka. En Mansor, pemilik resort tersebut memberitahu mereka bahawa dulu resortnya cantik, tapi lama kelamaan resortnya tidak lagi dapat menarik perhatian pengunjung. Lalu tiga sekawan ini pun berhasrat untuk meninggalkan Ariba Ariba Resort lalu datang anak-anak perempuan En Mansor iaitu tiga gadis yang mereka terlanggar di feri tadi. Pada masa yang sama, Azli mendapati Qasidah adalah bekas kekasihnya suatu ketika dahulu dan terpisah akibat tentangan dari ayah Qasidah iaitu En Mansor sendiri.

Azli, Wahid, dan Mazlan mulai berbincang untuk memajukan kembali Ariba Ariba Resort dengan syarat En Mansor membenarkan mereka tinggal disitu selama 2 minggu secara percuma. Setelah mencapai persetujuan, mereka pun giat memulakan operasi untuk memajukan resort tersebut sehinggalah resort tersebut berubah wajah menjadi lebih menarik. Pelbagai aktiviti dirancang tetapi resort tersebut tetap tidak dapat meraih perhatian pengunjung. Mereka tiga sekawan mulai berputus asa dan berhasrat untuk keluar daripada resort itu. Pagi esoknya, ketika mereka bertiga bersiap untuk keluar dari resort itu, mereka ternampak Remy keluar dari pejabat En Mansor dan beliau mengatakan masalah mereka telah selesai kerana Remy akan membantunya semula memajukan semula resortnya, tetapi Mazlan tiba-tiba teringat yang mereka pernah di dalam satu lokap bersama Remy dahulu kerana cubaannya menipu seorang datin. Remy berasa amat marah apabila cubaannya menipu En Mansor gagal dan mengarahkan pembantunya Jonny menculik Qasidah.

Apakah Qasidah dapat diselamatkan? Bagaimanakah mereka mengharungi kesukaran demi kesukaran untuk menyelamatkan Qasidah? Saksikan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys untuk mengetahui kesudahannya.

Filem ini akan mula ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia pada 19 November 2009.

Blog Widget by LinkWithin
Page 5 of 16« First...34567...10...Last »

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results