Archive for 2009

Wayang Star Trek The Future Begins Temui Peminat 8 May 09

May 2nd, 2009 05:46

Sesiapa yang lahir tahun 70an dan awal 80an tentu punya pengalaman melihat zaman kegemilangan Filem dan Rancangan Fiksyen TV Futuristik Star Trek.

Dalam tempoh seminggu lagi Filem terbaru Star Trek The Future Begins akan menemui peminat apabila mula ditayangkan pada 8 May 2009.

star trek the future begin

star trek the future begin

Star Trek The Future Begins akan menyingkap permulaan pengembaraan krew
kapal angkasa paling canggil pernah di bina iaitu U.S.S Enterprise.

Pengembaraan yang penuh dengan aksi, komidi dan konflik menyaksikan krew U.S.S Enterprise mendapat ujian terbesar apabila mendapat tahu ada kuasa jahat yang ingin menghapuskan kewujudan Manusia.

(Komen peminat Star Trek di Studio V)

Filem arahan J. J. Abrams ini turut di bintangi oleh pelakon dan selebriti tereknal
Chris Pine, Zachary Quinto, Eric Bana dan banyak lagi.

Sama sama kita tunggu 8 May ini.

Anugerah Industri Musik AIM16 8:30 Malam Ini di NTV7

May 2nd, 2009 04:49

Tak sabar rasanya kami di selebriti.tv menonton rancangan Anugerah Industri Musik ke-16 (AIM16) yang akan di siarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra KL (PWTC) jam 8:30 malam.

Bagi yang ingin menonton di rumah, NTV7 akan menyiarkan siaran secara langsung pada masa yang sama.

Persembahan malam ini menyaksikan barisan artis dan selebriti tempatan yang mantap dan hebat belaka.

Anugerah ni memberikan penghargaan kepada artis tanahair melalui penilaian juri profesional bukan kerana undi populariti, maka sesiapa yang memenangi trofi AIM sememangnya artis yang benar-benar bekualiti dan mempunyai standart yang tinggi.

Anugerah Industri Musik ke-16 AIM16

Anugerah Industri Musik ke-16 AIM16

Selamat berjaya kami ucapkan kepada semua artis dan selebriti Malaysia dan Antarabangsa yang tercalon pada AIM kali ini.

Berikut adalah senarai penuh Calon-calon AIM16 PWCT 2 May 2009

Pengacara AIM16 : AFDLIN, ADIBAH NOOR dan BOB LOKMAN.

Calon-calon AIM16 :

1. Artis Baru Terbaik – Artis

1. Hujan
2. Joe Flizzow
3. Malique
4. Meet Uncle Hussain
5. Suki

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) – Artis

1. Aizat – Lagu Kita
2. Bob AF2 – Cinta Terhalang
3. Reshmonu – Doa Untuk Dia
4. Reshmonu – Sayu
5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock & Roll (English)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis

1. Ayu – Hanya Di Mercu
2. Dina – Sejauh Ini
3. Shila – Memori Tercipta
4. Dato- Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5. Dato- Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis

1. Ajai & Marsha – Sayang
2. All One – Bilal bin Rabah
3. Pop Shuvit – Marabahaya (International Version)
4. Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5. Raihan – Assubhu Bada

5. Kulit Album Terbaik – Pereka

1. Florence Lee – Hawa – Nikki
2. Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow
3. Nicholas Chong – Transit – Altered Frequency
4. Nizam Rahmat – Satu – Ferhad
5. Vignes Balasingam – Remain Unknown – Estranged

6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam

1. JD Wong – Remain Unknown – Estranged
2. Nick Lee, Greg Henderson & CL Toh – Finally/Akhirnya – Suki
3. Paul Morisson – Satu – Ferhad
4. Puja, Edry, Bajai & Yudi – Adam 3 – Adam
5. Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – Harapan – Reshmonu

7. Video Muzik Terbaik – Pengarah

1. Douglas Lim – Hanya Di Mercu – Ayu
2. Douglas Lim – Sampai Syurga – Faizal Tahir
3. Kerol – Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4. Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5. Reshmonu – Oh Anok Anok – Reshmonu

8. Album Pop Etnik Terbaik – Artis/Produser

1. Khazanah Pujangga – Syura
2. Lentera Timur – Dato- Siti Nurhaliza
3. Selagi Ada Rindu – Pak Long (Shafie Ahmad)
4. Zapin Suri – Haziq

9. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Di Kayangan Kita – Johari The – Keon – Dato- Siti Nurhaliza
2. Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato- Siti Nurhaliza
3. Dirgahayu – Radeen Sri – Hairul Anuar Harun – Ramlah Ram
4. Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar
5. Zapin Suri – Pak Ngah – Siso Kopratasa – Haziq

10. Album Nasyid Terbaik – Artis/Produser

1. Allah Habeebi – Mawi
2. Istimewa Tiada Dua – Nice
3. Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johari
4. Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5. Setia – Wildan

11. Lagu nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Allah Habeebi – Farihin – Yasin – Mawi
2. Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim – Ito Lara – Rabbani
3. Kemuliaan Al-Quran – Amin InTeam – Amin InTeam – InTeam
4. Serulah Namanya – M.Nasir – AD Samad – Mawi
5. Teman Hakiki – Ku Sham – Dr.Mohd Asri – Mawi

12. Album Rock Terbaik – Artis/Produser

1. Bongkar – Kristal – Kristal & Bong
2. Hujan – Hujan – Noh Hujan
3. Keamanan – Nrocinu – Mus May
4. Kembali – Butterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin
5. Modern Minimals Glamour – The Times – Gizmo Records

13. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Loque – Loque – Butterfingers
2. Aurora – Estranged – Estranged – Estranged
3. Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
4. Dugaannya – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
5. Yang Pernah – Estranged – Estranged – Estranged

14. Album Pop Terbaik – Artis / Produser

1. Alyah – Alyah
2. Arus Qudus – Yassin
3. Harapan – Reshmonu
4. Misha Omar – Misha Omar
5. Percubaan Pertama – Aizat

15. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
2. Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
3. Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
4. Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
5. Sampai Di Sini – Ajai – Slen – Misha Omar

16. Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Bergerak – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Joe Flizzow feat Joeniar Arief
2. Isabella – Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Joe Flizzow feat Hady Mirza
3. Mengapa Harus Bercinta ? – Johan Ishak, Terrytyelee & Hady Mirza – Johan Ishak, Terrytyelee & Hady Mirza – Joe Flizzow
4. Mantera Beradu – Malique, D?avigator & M.Nasir – Malique & M.Nasir – Malique feat M.Nasir
5. OK – DJ Fuzz, Malique & Cat Farish – Malique & Cat Farish – Malique feat Cat Fabuloso

17. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2. President – Joe Flizzow
3. Remain Unknown – Estranged
4. Take Five with Juita Suwito at Avanti – Juita Suwito
5. Tapestry of Life – Shal Sagan

18. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. All Around My World – Johan Ishak & Ceza Mutyara – Johan Ishak & Ceza Mutyara – Joe Flizzow
2. Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged
3. In No Time – Estranged – Estranged & Chow Ken Chung – Estranged
4. KL Streets – Malique & D?avigator – Malique – Malique feat Lah
5. Marabahaya (International Version) – Pop Shuvit & Dandee – Samsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir Garcia – Pop Shuvit

19. Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Homely Life – Rynn Lim – Ryan Lim
2. Man Jiang Hong – Man Jiang Hong – Alex San
3. Meet to Listen – Cheng Lee – Cheng Lee
4. The Real Hou Ren – Hou Ren – Lee Nai Kong
5. Will Be Good – Will Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon

20. Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. He, She & Me – Cheng Lee – Cheng Lee – Cheng Lee
2. Man Jiang Hong – Alex San – Ah Guan – Man Jiang Hong
3. Missy Missy – Will Ng – Will Ng – Will Ng
4. Prisoner – Will Ng – Will Ng – Will Ng
5. Zhong Du – Alex San – Yap Kah Heng – Man Jiang Hong

21. Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Agarem – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha
3. Veera Puranam – Chakra Sonic

22. Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Enna Venum – Coco Nantha – Coco Nantha – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan – Divya Saraswathy – Anbarasan & Anuratha
3. Sottu Sotta Remix – Sundrra – Coco Nantha – Agarem
4. Sudum Mannil – Sundrra – Coco Nantha – No Entry
5. Tu Khendi She – Goldkartz – Arvinder Raina – Goldkartz feat Arvin

23. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis

1. Aku Dan Dirimu – Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
2. Ayat-Ayat Cinta – Rossa
3. Bila Rasaku Ini Rasamu – Kerispatih
4. Matahariku – Agnes Monica
5. Menjaga Hati – Yovie & Nuno

24. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah

1. Audi Mok – Pada Cintanya – Dato- Siti Nurhaliza
2. Azlan Abu Hassan – Tiada Maaf – Danell Lee
3. Estranged – Aurora – Estranged
4. Fauzi Marzuki – Di Taman Teman – Dato- Siti Nurhaliza
5. Sham Kamikaze – Bukan Mimpi – Farhan

Jumpa di AIM jam 8:30 malam ini.

Hafiz Juara Akademi Fantasia Musim ke-7?

May 1st, 2009 13:02

Tinggal 3 minggu lagi Akademi Fantasia Musim ke-7 bakal menutup tirai, dan kini tinggal 6 sahaja pelajar didalam akademi. Siapakah yang bakal menjadi Juara Akademi Fantasia musim ini?

Sekali lagi keputusan itu terletak pada tangan pengundi.

Hafiz Juara Akademi Fantasia 7?

Hafiz Juara Akademi Fantasia 7?

Setelah pelajar kesayangan tenaga pengajar AF7 ARIL di keluarkan minggu lepas, kini tinggal Hafiz yang di lihat paling mendapat perhatian untuk menjadi pilihan pengajar, pengkritik dan juga pengundi (mungkin).

Hafiz dilihat mempunyai pakej lengkap bergelar ikon yang di sebut-sebut oleh pengkritik setiap kali membuat persembahan.

Peserta lain seperti Isma, Akim, Aisyah, Yazid dan Claudia di lihat belum mempunyai aura yang cukup untuk memikat hati pengkritik.

Siapakah juara sebenar AF7? Kita tunggu debaran kemuncak transformasi Akademi Fantasi Musim ke-7 dalam 3 minggu lagi.

(Updated)Tomok Juarai One In A Million OIAM 3 ?

May 1st, 2009 12:04

Mampukah Shah Indrawan Ismail atau lebih di kenali sebagai Tomok menjuarai Program Realiti 8TV One In A Million musim ke tiga malam ini?

(Update, Jangkaan Selebriti.tv tepat! Tomok akhirnya menjuarai OIAM3, Tahniah!)

Persoalan ini terletak kepada tangan pengundi. Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum kemuncak akhir pertandingan OIAM3 ini berlangsung.

Pesaing peserta akhir lain iaitu Esther dan Aweera juga mempunyai penyokong dan pengundi yang banyak. Maka ianya bukanlah satu tugas mudah bagi Tomok yang pada masa lalu popular dengan lagu tangkap leleh dengan kumpulan New Boys.

Shah Indrawan Tomok Juara OIAM3?

Shah Indrawan Tomok Juara OIAM3?

Kini Tomok semakin matang, suara yang lantang, lebih berkarisma dan persembahan yang konsisten telah menarik banyak pengundi sehingga Tomok mampu pergi hingga ke peringkat akhir.

Kini terserah kepada pengundi bagi menentukan samada Tomok layak bergelar juara One In A Million musim ke-3

(Video) Jo Anna Sue Bakal Bintang RTM ke Final?

May 1st, 2009 10:46

Jo Anna Sue kini menjadi penjadi peserta kegemaran Rancangan Realiti TV1 Bintang RTM untuk ke Pusingan Akhir.



Memiliki wajah, tubuh dan suara yang menawan merupakan satu pakej lengkap bagi Gadis Jelita kelahiran Sabah ini menjadi Artis/Selebriti yang berjaya kelak.

Jangan terperanjat jika belum pun habis pertandingan Bintang RTM, Jo Anna Sue sudah pun di lamar oleh Produksi dan juga Recording Selebriti tempatan.

Jo Anna Sue Selebriti Bintang RTM

Jo Anna Sue Selebriti Bintang RTM

Berketurunan British-Dusun, Jo Anna Sue Henly Rampas(Nama Penuh) yang masuk 20 tahun dan masih belajar si Kolej, gemar membaca, menyanyi, windows shopping dan melayari internet bagi mengisi masa lapang.

Tak sabar rasanya Selebriti.tv untuk melihat Jo Anna Sue mewarnai dunia hiburan tanah air.
Kami ingin melihat Anna bukan sahaja berjaya di Malaysia malah di arena antarabangsa. Harapan ini tidak mustahil kerana Anna bukan sahaja sangat cantik, pandai menyanyi malah bijak dan juga petah bercakap dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa English.

Apa pun kami ingin menucapkan selamat berjaya kepada peserta Bintang RTM yang lain.

Tahniah kepada pihak RTM kerana tidak putus-putus melahirkan penghibur yang benar-benar berkualiti dan berdaya saing di kala ramainya artis dan selebriti muncul dari program realiti tempatan.

(Gambar) Engku Aleesya Baby Erra Fazira dan Engku Emran

May 1st, 2009 10:01

Adakah gambar yang tersebar di internet yang asalnya di hantar dari email-ke-email ini benar-benar anak/baby girl pasangan selebriti Erra Fazira dan Engku Emran?

Gambar Engku Aleesya Baby Erra Fazira dan Engku Emran

Gambar Engku Aleesya Baby Erra Fazira dan Engku Emran

Sejak persalinan Erra melahirkan Aleesya, tidak ada sekeping pun gambar baby girl itu di siarkan oleh media.
Tetapi pasangan ini tidak mampu melawan kehendak pencipta yang akhirnya gambar Engku Aleesya sudah pun terserbar di internet.

Bagaimanapun pihak selebriti.tv masih tidak dapat memastikan samada gambar ini 100% adalah benar gambar anak Erra. Terpulang pada pihak Emran dan Erra untuk membuat kenyataan samada mahu mengaku atau sebaliknya.

Walau apa pun, belum terlambat kiranya pihak Selebriti.tv ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan berkeaan kerana di kurniakan cahaya mata yang baik lagi cantik.

Jagalah ‘amanah’-Nya ini dengan sebaik mungkin.

p/s: Perkara yang baik buat apa nak di sembunyi betul tak? Sedia atau tidak kita tidak dapat mengelak ketentuan-Nya.

Blog Widget by LinkWithin
Page 16 of 16« First...1213141516

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results