Archive for December, 2009

Awan Dania 2 Episod 12 – Tengok Aksi Scha Menjilat-jilat

December 15th, 2009 16:16

awan dania 2 episod 12

Malam semalam Dania (Scha Al-yahya) terus menerus terima ancaman daripada teman tapi mesra Benjy iaitu Sofia. Si Sofia siap dah ready RM10 ribu untuk upah orang dalam untuk dajal sama Dania, tapi nasib baik orang tu reject offer si Sofia kalau tak mesti bernanah lagi berdarah dibuatnya.

Oh! pasal tajuk menjilat tu ye? Ermm..Sape yang nak tengok aksi menjilat Scha (Dania) boleh tengok video kat bawah ni. Tengok pada minit 1:23 dan 2:30 masa Dania tengah borak-borak dengan si Ehsan, Dania ada membuat aksi menjilat yang tentu membuat jejaka kat luar tu tergoda. hehe.

Awan Dania 2 Episode 12 :

Nak dekat akhir Episod semalam pihak yang bekerjasama dengan Firefly ada membuat satu pertandingan Pencarian Wajah Baru Firefly. Hadiahnya RM 10,000. Agak-agak korang sapa yang dapat hadiah tu nanti ye?

Kalau nak tengok dan download full episode 12 Awan Dania 2 boleh usha kat sini:
http://www.videokl.com/media/1348/Awan_Dania_Episod_12_14Dec2009/

DVD Nur Kasih – Tengok Full Episod 1-26 Download

December 15th, 2009 14:51

Nampaknya selepas habis 26 episod drama ‘berhantu’ Nur Kasih ditayangkan di TV3, Jualan DVD Nur Kasih sekarang ni macam pisang goreng panas!

DVD NurKasih Watch Tengok Download Full Episode 1-26

Walaupun Nur kasih versi tanpa iklan masih ditayangkan semula di TV3, dan versi sebelumnya turut dipertontonkan secara streaming dilaman web catchup tv3, namun ianya tidak menghalang peminat tegar Nur Kasih untuk melabur wang tunai antara rm79-90 semata-mata untuk memiliki koleksi Drama Tv Paling Hot 2009. Tahniah kami ucapkan buat produksi Drama Nur Kasih.

Ura-ura sambungan Nur Kasih (Nur kasih 2) yang mungkin difilemkan masih belum ada kenyataan rasmi, tetapi kami sendiri pernah keluarkan artikel yang penerbit Nur Kasih memang ada hasrat untuk membuatnya. Jadi sama-sama lah kita tunggu.

Bagi meredakan kemaruk atau demam Nur Kasih, dibawah ni ada rakaman Episod 26 iaitu episod terakhir drama bersiri Nur Kasih.

Kami juga turut terjumpa link untuk download kesemua episod dari episod 1 hingga episod 26 Drama Nur kasih yang dibuat oleh peminat tegar Nur Kasih :

http://www.megaupload.com/?d=0FQIOUHV    NurKasih01
http://www.megaupload.com/?d=BCM9NX02    NurKasih02
http://www.megaupload.com/?d=BXH8RAL6    NurKasih03
http://www.megaupload.com/?d=TAYTIBAE    NurKasih04
http://www.megaupload.com/?d=AXGJ3571    NurKasih05
http://www.megaupload.com/?d=B6Y6EY5G    NurKasih06
http://www.megaupload.com/?d=4YXCE280    NurKasih07
http://www.megaupload.com/?d=3QSP756T    NurKasih08
http://www.megaupload.com/?d=CGW8S7B8    NurKasih09
http://www.megaupload.com/?d=Y3XS61FO    NurKasih10
http://www.megaupload.com/?d=F4GFPF2J    NurKasih11
http://www.megaupload.com/?d=9KWW6RIU    NurKasih12
http://www.megaupload.com/?d=ZIAU59CP    NurKasih13
http://www.megaupload.com/?d=V995SCA2    NurKasih14
http://www.megaupload.com/?d=RH76N0Z3    NurKasih15
http://www.megaupload.com/?d=1HNN9LPD    NurKasih16
http://www.megaupload.com/?d=ACN1A9UJ    NurKasih17
http://www.megaupload.com/?d=CW841TD4    NurKasih18
http://www.megaupload.com/?d=TL8DFQXE    NurKasih19
http://www.megaupload.com/?d=P6223JG0    NurKasih20
http://www.megaupload.com/?d=RYZEDQRS    NurKasih21
http://www.megaupload.com/?d=C314NVHZ    NurKasih22
http://www.megaupload.com/?d=3HP5XCFY    NurKasih23
http://www.megaupload.com/?d=DNGXEZMQ Nurkasih24
http://www.megaupload.com/?d=X2UJ1N1Y    NurKasih25
http://www.megaupload.com/?d=UAL1VIPT    Nurkasih26

Selamat menonton.

Video Aril, Izwan Pilus, Stacy dan Chaq dalam AC Sempoi

December 14th, 2009 03:11

Sabtu lalu AC Sempoi membawa dua pasang adik beradik artis dan selebriti yang memang popular ketika ini iaitu Aril dan abangnya Izwan Pilus, serta Stacy dan abangnya Chaq.

ac sempoi aril stacy chaq izwan pilus

Seronok juga tengok rancangan AC sempoi, AC Mizal nampak macam biasa dengan kepala gila-gilanya. Gila tapi tak melampau, kira santai jugak la untuk layan TV petang Sabtu.

Macam biasa slot paling panas ialah slot Kaunter AC yang mana selalunya artis jemputan memang kene tembak dengan soalan-soalan membunuh.

Antara soalan panas minggu ini ialah soalan “Adakah Izwan pilus seorang lelaki tulin ataupun Bapok seperti kata sesetengah gosip liar diluar?”.

Soalan untuk Aril pula, “Kenapa susah sangat nak mengaku yang  si ‘Ju’ tu makwe Aril?”

Chaq nampaknya selamat daripada soalan panas, mungkin sebab masih baru dan berhingus lagi. Tapi adiknya Stacy tak terlepas dari soalan gosip antara Nubhan dan Akim.

Paling tak tahan bila Chaq masuk kaunter dan aju soalan kepada adiknya  sendiri “Napa selalu masuk tandas tinggal barang?”. Masing-masing sume hentam gelak bila Stacy kantoi. :D

ac sempoi goldman stacy scaq aril izwan pilus

Segmen Wow pada kali ini ialah Goldman atau dalam bahasa Melayunya Orang Emas. Memang satu badan semuanya warna emas. Kami sendiri sebenarnya ada koleksi video pribadi Goldman yang kami rakam masa jalan-jalan di Bintang Walk lebih setahun lalu.

Gambar sebelah kanan tu pula diambil semasa slot Garaj AC, yang mana Aril bawak bantal busuknya sebagai hadiah. Hehe..kira ok lagi la hadiah ni daripada hadiah dari chef Wan dulu. Ada ke si Chef Wan tu bagi Sepentot koyak, siap sarung bagi AC pakai lagi. Tak patut..tak patut.

Sesapa yang belum tengok AC sempoi sabtu lepas, boleh tengok video penuh AC Sempoi dengan artis jemputan Aril, Izwan Pilus, Stacy dan Chaq disini:

http://www.videokl.com/media/1338/AC_Sempoi_Artis_Jemputan_Aril_Izwan_Pilus_Stacy_Chaq_Gold_Man_12-12-2009/

Gambar Majlis Nikah Kahwin Aien Adik Ekin Isteri Mawi

December 13th, 2009 03:58

Tahniah kami ucapkan kepada Adik Ekin iaitu Aien kerana selamat diijabkabulkan bersama pasangan dihari pernikahannya yang berlangsung pada 12/12/2009.

gambar nikah kahwin Aien kembar Ekin Mawi

Aien yang juga merupakan kembar isteri Raja SMS Mawi World Ekin kelihatan berseri dengan mengenakan baju putih-silver.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam ini diadakan dalam keadaan sederhana namun masih mengekalkan adat dan rukun yang sepatutnya. Kelihatan media dan jurugambar turut sama menghadiri majlis tersebut.

Kami masih belum mendapat butir lengkap keluarga sebelah lelaki, namun yang pasti pasangan lelaki ada seorang duda.

Apa yang penting bagi kami ialah kedua pasangan mendapat restu ayah bonda dan ahli keluarga yang lain.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Aien dan pasangan.

Kami akan kemaskini entri blog ini dengan butiran lanjut untuk hari bersanding nanti.

Lagi Gambar Nikah Aien dan Suami :-

gambar akad nikah kahwin Aien kembar Ekin Mawi

(Pasangan Aien Pengantin Lelaki bersedia untuk Akad Nikah)

Aien Kembar Ekin Mawi dicium oleh pasangan lelaki

(Aien Kembar Ekin Mawi dicium oleh pasangan lelaki selepas selesai akad Nikah)

Aien Kembar Ekin Mawi terima wang hantaran mas kahwin dari suami

(Aien Kembar Ekin Mawi terima wang hantaran mas kahwin daripada suami)

Gambar Dulang hantaran nikah kahwin Aien Kembar Ekin Mawi dan Pasangan lelaki

(Gambar Dulang hantaran nikah kahwin Aien Kembar Ekin Mawi dan Pasangan lelaki)

Aien bergambar bersama kembarnya Ekin isteri Mawi

(Aien bergambar bersama kembarnya Ekin isteri Mawi)

Mampukah Drama Aliff Firdaus menyaingi Nur Kasih?

December 10th, 2009 16:26

Malam esok kita bakal melihat pengganti kepada Drama bersiri Nur Kasih iaitu  Aliff Firdaus. Kalau sebelum ini Nur Kasih diarahkan oleh  Khabir Bathia, Aliff Firdaus pula diterajui oleh Rashid Sibir.

Gambar Drama Aliff Firdaus video record Tv3

Adakah Drama Aliff Firdaus mampu menyaingi aura Nur Kasih yang menarik lebih 18Juta penonton diTv dan internet? Sama-sama kita ikuti episodnya yang pertama malam esok.

Gambar Drama Aliff Firdaus video record Tv3

Sedikit Sipnosis Drama Aliff Firdaus :

Aliff Firdaus mengisahkan dia mahu mengikut jejak bapanya, Haji Madi melakukan kerja kampung seperti bersawah, menternak kambing dan menjadi imam. Ibunya, Hajah Mina pula mengambil upah menjual kuih.

Anak bongsu daripada lima beradik, hasrat Aliff mendapat tentangan hebat abang dan kakaknya yang masing-masing graduan universiti dan berjaya dalam karier. Along, penjual kereta, Angah (usahawan kedai perabot), Andak (pensyarah) dan Acik (hartanah).

Walaupun hidup senang dan mewah, perasaan mereka berempat bergolak dengan masalah sendiri dan tidak tenteram. Di kampungnya, Aliff jatuh cinta dengan Dira, gadis dari bandar. Menetap bersama ibunya di kampung itu, Dira mengusahakan tadika.

Sejak itu, hubungan Aliff dan Dira rapat. Aliff yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) enggan menyambung pelajarannya. Namun atas nasihat bapa dan kekasihnya, Aliff akhirnya akur.

Berhijrah ke KL dengan hati terluka, Aliff hilang haluan hidup. Adakah Aliff akan terus hanyut dengan keseronokan duniawi? Mampukah dia membezakan antara kesederhanaan hidup dan kemewahan dunia? Bagaimana pula kasihnya pada Dira?

Puas kami cari gambar Drama Aliff Firdaus tetapi tak jumpe, yang kami jumpa cuma gambar pengambaran di Rumah Banglo Linda Onn. Jadi kredit to Linda Onn.

Aliff Firdaus at Banglo Linda Onn

Tetapi dalam kami cari gambar Aliff Firdaus, kami terjumpa sorang yang punya nama sebijik dengan watak drama ini difacebook :-

gambar Aliff FirdausKami fikir individu diatas tiada kene mengena secara langsung dengan drama berkenaan. Tapi sapa tahu kalau drama ini sebenarnya memang mengisahkan hidup “Aliff Firdaus” diatas tu. Apapun popular la awak nanti ye bila drama Aliff Firdaus ni nanti mula ditayangkan.

Credit foto – blog linda onn.

Credit sipnosis – hmetro online.

Tiz Zaqyah NurKasih kini sertai Spa Qistina?

December 9th, 2009 19:44

Wah wah.. Pelakon jelita Tiz Zaqiyah yang popular dengan drama Nur Kasih kini dikhabarkan akan muncul didalam Spa Qistina pula.

tiz zaqyah seksi

Sebelum ini kami ada menyiarkan beberapa artikel berkenaan kontrolvesi drama Spa Qistina 2 apabila Nora Danish menarik diri akibat tidak puas hati dengan management Spa Qistina dan masalah peribadinya dengan Fasha Sandha.

Sebelum itu watak Maya yang sepatutnya dipegang oleh Nora dikatakan diambilalih oleh seorang lagi pelakon Drama Nur Kasih iaitu Ummi Nazeera. Namun kata putus rasmi masih belum diketahui kerana Datin Zaiton Muhd Jiwa (Kak Ton) sedang mengerjakan umrah.

tiz zaqyah nurkasih

Kalau betul tuah Tiz Zakiah ada di Spa Qistina, kami memang tak boleh lepas satu episod pun bila ia ditayangkan hehe.

Penggambaran drama Spa Qistina direhatkan seketika sebelum disambung pada 14 Disember ini.

Sembang Chat bersama Scha dan Fahrin Malam Ini

December 9th, 2009 07:20

Jam kami sekarang tepat menunjukkan jam 8:00 dan kami sempat join sembang chat di Astro@15 yang mana pada masa ini Scha sedang live chat bersama-sama kami.

Sesapa yang nak join sama sila tukar ke channel 109 Astro @15 sekarang.

scha al-yahya dan fahrin ahmad

Kami tau mesti ada yang tanya kenapa mesti Scha dan Fahrin? Sebab slot sembang chat ni dibawa bersempena program realiti sehati berdansa musim ke-3

Perasan atau tak, Scha Al-yahya dan Fahrin kelihatan mesra dan serasi sepanjang program Sehati berdansa yang dah masuk minggu-minggu terakhir.

Kami ada simpan beberapa babak mesra Scha dan Fahrin ketika mengacara Sehati Berdansa Musim 3. Nanti bila ada masa kami akan buat satu Blog post khas untuk babak tersebut.

(Gambar) Birthday Party Artis Melayu – “Meriah”nya!

December 3rd, 2009 09:37

Team kami baru sahaja menerima email yang dipenuhi dengan gambar-gambar artis dan selebriti bersosial ketika menyambut harijadi (birthday).

Kami sendiri tidak pasti majlis itu untuk birthday siapa, tapi telahan kami adalah mamat lelaki yang sedang angkat tangan pada gambar pertama dibawah.

Artis dan selebriti yang kami kenal hanya Watie dengan Azza Elite, yang lelain tu macam pernah tengok tapi tak ingat kat mana.

birthday-artis1

birthday-artis2

birthday-artis3

birthday-artis4

birthday-artis5

birthday-artis6

birthday-artis7

Kami tahu majlis ini dilangsungkan diprivate area, tapi kalau dah gambar-gambarnya di”public”kan diinternet ianya sudah tidak private lagi betul tak?

Harapnya lepas ni kalau korang snap gambar tu elok simpan elok-elok dalam pc je. Nak pass kat member pun pakai thumbdrive, sebab kalau share kat internet ni memang alamatnya korang share untuk semua orang menengoknya. Kecuali lah korang memang nak share gambar-gambar yang “elok-elok” ni kan.

Video Awan Dania Musim 2 Episod 10 Scha Al-Yahya Berkimono Jepun

December 2nd, 2009 11:36

Masih ingat lagi gambar Scha Al-yahya berkimono jepun yang kami tulis beberapa minggu lepas?

(http://blog.selebriti.tv/gambar-aksi-nakal-scha-alyahya-kimono-jepun/)

Malam semalam adalah episode dimana Scha berkimono didalam Awan Dania 2.  Memang lawak tengok Scha berlakon disamping 3 abangnya yang nakal tu. Orang lain beraya pakai baju Melayu tapi si Scha ni buang tebiat pakai baju Kimono Jepun. Saja nak cari kelainan katanya.

Dalam Episode semalam Scha telah dibawa oleh Benjy untuk dinner dirumah keluarnya. Scha terkejut sebab ingat si Benjy nak bawak makan luar je. Dalam masa yang sama sorang perempuan daripada kenalan Benjy turut bertandang kerumah Benjy. Perempuan ini memang rapat dengan keluarga Benj, siap mengaku yang dia teman wanita Benjy pada Dania. Tapi si Benjy buat acuh tak acuh dengan perempuan ni.

Dania memang nampak serabut sikit masa dinner malam tu. Emak Benjy nampak menyebelahi perempuan yang sorang lagi, tetapi Ayah Benjy nampak ok je dengan Dania.

Korang nak tengok cerita penuh? Boleh tengok video kat bawah ni untuk Awan Dania 2 Episod 10 :

Enjoy! :)

Blog Widget by LinkWithin
Page 3 of 3123

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results