Archive for December, 2009

Panas Wan Ramada Agus Putra Anak Iwan Penyanyi Dangdut Bersosial

December 29th, 2009 07:34

Kami baru sahaja dikejutkan dengan satu gambar panas yang kononnya ia gambar sosial anak seorang penyanyi lelaki dangdut popular era 90an iaitu Iwan atau nama sebenar Wan Syahman Wan Yunus, 48.

Wan Ramada Agus Putra anak iwan dangdut

Bagaimana kesasihan gambar diatas dikaitkan dengan Wan Ramada Agus Putra kami tidak berani cakap, sebab berita ini tersebar daripada blog dan forum hiburan tempatan.

Ramada Agus Putra yang merupakan graduan UTS, Australia dalam jurusan Designing.

Wan Ramada Agus Putra 20, adalah anak sulung hasil perkahwinan Iwan dengan bekas isterinya iaitu Rosnah Mohd Noor (pelakon popular era 80an). Dua lagi anak hasil perkahwinan itu ialah Wan Syamira Puteri Octavia, 18 dan Wan Syahira Puteri Aprena, 16 tahun.

Iwan juga mempunyai seorang lagi anak angkat ketika berkahwin dengan penyanyi Wan Rafidah Abu Bakar (Wan), 35 iaitu Nursyafiqah Emisya, 7 tahun yang kini dijaga oleh Wan setelah bercerai.

Raja Lawak 4 Al-kisah Din Beramboi sebagai Juri Tetap

December 29th, 2009 06:17

Tahun 2010 menyaksikan Program Realiti mencari pelawak Raja Lawak telah masuk musim yang ke-4.
Pada musim kali ini Raja Lawak 4 masih mengekalkan pengacara tahun lepas iaitu Johan dan Zizan.

Raja Lawak Musim ke 4 Din Beramboi Zizan Johan

Apa yang menarik perhatian kami pada musim ini ialah pemilihan juri profesional tetap yang baru iaitu abang Din Beramboi yang menggantikan Abang Zaibo ataupun Samsul ghau-ghau ‘Mantop’.

Kami memang suka dengan abang Din, sapa tak kenal dengan kepala gila selambernya. Tapi ‘gila’ itulah yang buat kami risau sedikit sebab ada sesetengah lawak abang Din memang ‘gila’ banyak. Takut nanti ditirunya pulak oleh anak-anak kecil. Maklum lah budak-budak kan suka tiru lagat orang.

Video Salah satu adengan Al-Kisah Raja Lawak 4:

Banyak yang kami tonton lawak Din Beramboi menampakkan lawak yang agak kasar. Bahasa mahupun perlakuan nya kadang-kadang agak menjengkelkan. Contoh dalam beberapa episod Spontan Astro Warna dimana abang Din seringkali menggunakan ayat keras dan perlakuan kasar seperti memaki dan memukul kepala.
Terbaru kami ada menonton rancangan Jangan Lupa Lirik Astro Ria dimana Din Beramboi bersuara agak kasar kepada seorang peserta. Video Al-Kisah Raja Lawak 4 diatas juga ada menyaksikan abang Din menungging punggung kepada peserta yang tidak disukainya, menghenjut dilantai seperti orang kene sawan. Semua aksi itu bagi kami nampak agak terlebih sudah (over).

Lawak kasar jenis spastik begini memang banyak diaplikasi oleh pelakon sezamannya, sama juga seperti Ar Badul dan rakan-rakannya. Namun pada pandangan kami, sebodoh-bodoh lawak Mr Bean ianya lebih santai jika nak dibandingkan oleh lawak Din Beramboi.

Kami bukan benci abang Din, cuma perlakuan dalam sesetengah lawaknya saja yang kami tidak berapa nak gemar. Diharap abang Din dan juga pengacara serta juri yang lain dapat memikul tugas mereka dengan profesional dan bertanggungjawab.

Kami sudah tonton beberapa aksi peserta Raja Lawak Musim ke-4 (RL4), dan rata-rata ramai diantaranya menampakkan kualiti yang baik. Tak sabar rasanya kami nak tengok persembahan pembukaan RL4 nanti.

Filem Avatar Catat Rekod Kutipan Box Office Tertinggi Sepanjang Zaman – $278 Juta usd

December 29th, 2009 05:10

Ingat lagi preview Movie Special Filem Avatar yang kami buat disini : http://blog.selebriti.tv/video-filem-avatar-2009-movie-special/.

Ya! Jangkaan kami mengena apabila filem ini mencatatkan jumlah kutipan pembukaan terbesar tahun ini. Malah filem Avatar ini juga mencatat rekod kutipan Box Office tertinggi sepanjang zaman iaitu dengan jumlah $278 Juta usd sepanjang dua minggu ia ditayangkan. Mengalahkan rekod yang dipegang oleh Batman -The Dark Knight pada tahun 2008.

avatar 2009 dvd movie

Pernerbitan Avatar 2009 sangat bijak memilih minggu hari Natal (Krismas) sebagai hari penanyangan filem ini sebab pada masa inilah keluarga diseluruh dunia keluar untuk beriadah dan bergembira bersama keluarga. Dikangkakan filem ini akan terus ditayangkan dipawagam sehingga tahun baru (New Year Eve).

Saya sarankan supaya anda tengok sendiri filem ini dipawagam walaupun ada beberapa website telah menayangkan secara online tetapi ianya tidaklah segah skrin besar dan audio yang mantap dipawagam.
Antara website yang menayangkan filem ini secara online :
http://www.megamovielink.com/avatar-2009-movie-online/

Jika anda peminat filem sains fiksyen, Avatar adalah satu Filem epik yang wajib anda tonton.

(video) Lagi kenyataan Awal dan Scha dalam Astro Awani pada sidang media Sehati Berdansa

December 27th, 2009 19:49

Lagi video sidang media Awal dan Scha. Video Kali ini agak panjang iaitu 5 minit lebih yang merangkumi pengakuan dan penafian oleh Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Video Eksklusif pengakuan Awal dan Scha dalam Astro Awani :

Awal dan Scha Astsidangro Awani media sehati berdansa

Awal dan Scha terus menegaskan yang dia tidak dipengaruhi oleh Najis Dadah mahupun minum Arak, dan mengatakan mereka berada ditempat dan masa yang salah.

Isu ini mendapat liputan meluas media pada hari krismas dan mendapat reaksi yang bercampur-campur dari rakan dan juga peminat mereka.

Pasangan Sein dan Nana Juara Sehati Berdansa Musim ke-3

December 27th, 2009 12:23

Pasangan Sein dan Nana kini rasmi sebagai Juara Sehati Berdansa Musim ke-3. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ‘underdog’ ini.
Sejak pusingan separuh akhir lagi pasangan Sein dan Nana bukanlah pasangan pilihan. Ramai yang menjangka Zul dan Isma akan mengiringi Sazzy dan Nazril pada pusingan akhir.

Senario yang sama juga berlaku di Malam Kemuncak Sehati Berdansa Musim ke-3 Finale apabila Sein dan Nana diumumkan sebagai Juara. Kami yakin ramai yang tidak menyangka, ini termasuk pasangan Sazzy sendiri apabila mereka seolah-oleh terlopong seketika seperti tidak percaya mereka tewas.

Sein dan Nana Juara Sehati Berdansa Musim 3

Selaku juara, Sein dan Nana membawa sebuah kereta Audi A4 (1.8), pakej bulan madu ke Rom, Itali serta trofi rebutan sumbangan Astro. Wang tunai RM20,000 yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada rumah kebajikan yang diwakili mereka iaitu Persatuan Albinisma Kuala Lumpur dan Selangor.

Juara Sehati Berdansa musim ke-2 iaitu Lisdawati dan Fauzi Nawawi turut hadir pada malam semalam selaku juri jemputan. Juri lain ialah Linda Jasmine dan Joseph Gonzales selaku juri tetap Malam Sehati Berdansa.

Pengacara yang baru sahaja mencetuskan kontrolvesi Scha Al Yahya dan Awal Ashaari serta Fahrin Ahmad tetap mengacara Program tersebut seperti yang dirancang. Malam Kemuncak semalam turut diserikan oleh Juara AF7 iaitu Hafiz yang mendendangkan lagu tema SB3 manakala Stacy dan Adam pula berduet dalam lagu baru mereka, Menggegar Dunia.

Boleh tengok video rakaman penuh Malam Kemuncak Sehati Berdansa disini :-
http://www.videokl.com/media/1398/Kemuncak_Sehati_Berdansa_Musim_3_26-12-2009/

*Gambar kredit murai.com.my

Lagi Kes Artis Dengan PTPTN – Puteri Sarah Liyana ditahan di LCCT

December 27th, 2009 08:56

Nampaknya PTPTN memang tegas dengan penghutang-penghutangnya tanpa mengira latarbelakang ataupun status seseorang.

Kita pernah dikejutkan dengan kes Faizal Tahir ditahan dari menaiki kapal terbang kerana berhutang tertangguh dengan PTPTN, kali ini giliran Puteri Sarah Liyana pula.

puteri sarah

Ketika ditahan, Puteri Sarah bersama keluarganya hendak bercuti ke Krabi, Thailand. Dan semasa dia melalui pemeriksaan pasport, tiba-tiba Puteri Sarah ditahan dengan pihak imigresen.

Sarah ditahan kerana namanya ada dalam senarai hitam diantara individu yang masih berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sarah yang masih belajar di Kolej Taylors dalam jurusan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti terpaksa membatalkan hasrat untuk ke Krabi, namun keluarganya dibenarkan.

Mengikut sumber yang doleh dipercayai, Sarah pernah belajar di UiTM Penang sebelum ke Taylors. Mungkin semasa belajar di UiTM dulu dia pernah menggunakan pinjaman dari PTPTN dan kerana tertangguh bayar nama Sarah kini berada dalam Senarai Hitam peminjam.

Puteri Sarah Liyana pernah dilihat keluar bersama dengan teman lelaki Ammar Alfian disebuah Hotel di Kuala Lumpur.
Puteri Sarah Ammar Alfian

Puteri Sarah Liyana pernah ‘panas’ sekejap tahun lalu apabila tersebarnya ‘gambar cium’ diinternet.
Gambar Puteri Sarah Liyana cium

p/s : Agak-agak lepas ni sapa pulak artis yang akan kantoi dengan PTPTN ye.

(video) Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Buat Kenyataan – Tertekan Tak Mampu Beri Air Kencing

December 27th, 2009 07:47

Seperti yang kami jangka Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya akhirnya keluar membuat kenyataan media diset sidang media Malam Kemuncak Sehati Berdansa 3.

Scha Alyahya Awal Ashaari

Pelakon Syurga Cinta itu memberitahu media yang dia berada di Rootz Club, Bukit Bintang kerana ingin lepak seketika sementara menunggu Scha Al-yahya sampai. Scha Al-Yahya menjemput Awal untuk sama-sama meraikan majlis hari jadi rakan Scha yang baru pulang dari Melbourne Australia di Restoran Teeq Brasserie, Lot 10, Bukit Bintang.

(Video Sidang Media Kemuncak Malam Sehati Berdansa Musim ke-3 Finale)

Tambah Awal lagi, ketika dia berada di Rootz Club, tiba-tiba lampu dipasang dan musik diberhentikan katanya ada operasi pihak berkuasa sebab sebelumnya ada pergaduhan disana.

Awal Ashaari ditahan polis

Awal dan beberapa orang lain yang berada disitu diminta untuk memberi sampel air kencing.
Awal menjadi tertekan apabila ada pihak media menyebut namanya dengan kuat, menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan sample yang sepatutnya.

Akhirnya Awal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Disana barulah Awal dapat keluarkan sedikit sampel setelah beberapa kali meneguk air minuman.

Awal tertidur disana hingga jam 11:30 pagi sebelum dijemput oleh pengurusnya.

Scha pula memberi kenyataan yang dia lewat menemui Awal sebab lewat keluar dari pengambaran drama Awan Dania 2. Sampai di Teeq ianya sudah tutup dan mereka memilih Rootz sebab tiada pilihan lain disana.

Scha Al-yahya sehati berdansa

Scha mengaku dia tersilap pilihan dan kecewa dengan kejadian yang menimpanya. Namun Scha dan Awal menafikan yang mereka berada dibawah pengaruh dadah mahupun alkohol.

Scha dan rakannya hanya menurut pihak berkuasa dengan memberi sampel yang diperlukan sebelum dibebaskan untuk pulang kerumah.

Selain Scha dan Awal, pelakon Ridzuan Hashim dan Juliana Evans juga menerima pengalaman yang sama dan mereka dibebaskan selepas memberikan sampel air kencing dan didapati negatif.

p/s : Kami dengar ada sorang lagi artis atau pelakon yang kene tahan kerana positif ujian air kencing. Namun tiada siapa tahu apa nasibnya sekarang.

Awal Ashaari Scha Alyahya Juliana Evans Qi Qushairi Antara Artis yang Kantoi di Rooftop Lot 10 Jalan Bukit Bintang

December 26th, 2009 12:39

Setiap kali Krismas ada saja berita Hot yang menghiasi dada akhbar dan media massa. Malam semalam kami sudah menjangka esok mesti ada cerita hot bakal meletop.

Jangkaan kami mengena apabila Awal Ashaari, Scha Alyahya, Juliana Evans dan Qi Qushairi (Blogger Boy) adalah antara Artis yang kantoi di Rooftop Lot 10, sebuah pusat hiburan terkenal di Jalan Bukit Bintang.

Awal Scha Qi dan Juliana ditahan Rooftop, Lot 10,Bukit Bintang
(Awal Ashaari Scha Alyahya Juliana Evans antara yang periksa semasa serbuan)

Mereka ini antara 21 orang yang ditahan semasa serbuan keatas pusat hiburan tersebut. Pihak berkuasa tempatan menjalankan serbuan pada 3.15 pagi kerana premis tersebut tiada lesen yang sepatutnya untuk beroperasi lewat.

Awal Scha Qi dan Juliana ditahan Rooftop, Lot 10,Bukit Bintang JulieWoon
(Qi dan Julie Woon dalam Blogger Boy 2)

Pengurus Awal, Azlina Merican turut terkejut setelah dihubungi oleh wartawan cuba menafikan pembabitan Awal. Bagaimanapun ada beberapa individu yang dapat mengesahkan Awal memang ditahan untuk ujian air kencing tetapi dibebaskan setelah negatif.

Nasib tidak menyebelahi Qi(Budi dalam Blogger Boy) apabila didapati positif dadah dan mungkin akan dikenakan tindakan lanjut.

Ada juga yang mengatakan pelakon yang berumur dalam lingkungan 40an yang turut sama diserbu ialah Redzuan Hashim.

Awal Scha Qi dan Juliana ditahan Rooftop, Lot 10,Bukit Bintang Artis ditahan ujian dadah
(gambar lelaki baju putih dikaitkan dengan Awal)

Malam ini kita sepatutnya melihat Awal, Scha dan Fahrin didalam Final Sehati Berdansa Musim ke-3, tetapi dengan kemelut yang melanda dua orang pengacara SB3 tidak diketahui apakah status mereka ketika ini. Penerbit Sehati Berdansa 3 memaklumkan semua persediakan berjalan lancar dan tiada sebarang perubahan dalam siaran langsung SB3 malam nanti.

Gambar Jimmy Shanley Mesra Dengan Diana Danielle, Farid Kamil Jeles Tak?

December 25th, 2009 23:40

Wah! Bukan main mesra lagi si Jimmy Shanley dengan Diana Danialle.

Tengok lah gambar kat bawah tu, si Jimmy siap dapat peluk Diana atas kuda lah. Alamak tak jeles ke si abang Farid Kamil kita tu?

Jimmy Shanley trek selebriti kuda mesra Diana Danielle gedik

Kami ada juga lihat gambar terbaru Diana Danialle dengan Farid Kamil di satu Paintball field, tapi itu pun tak semesra dakapan si Jimmy ni.

Nah! Siap dapat urut tenkuk Diana yang lembut dan wangi tu.fuh! meremang bulu ketiak kami. Sape yang berani sentuh anak emas sorang ni? Sapa Jimmy berani sangat nak merembis dengan Diana Danielle? Tak takut dengan geng RemIT! V3 Farid Kamil ke?

Jimmy Shanley trek selebriti kuda mesra Diana Danielle urut

Korang jangan melangut jauh sangat sebab Jimmy ni pengacara Trek Selebriti diAstro Ria, dan gambar-gambar diatas tu cuma beberapa babak pengambaran semasa si Diana Danielle menjadi artis jemputan.

Dalam episode kali ini kita dibawa kedunia Diana Danielle diamana Diana berkongsi sejarah, pengalaman hidup, aktiviti semasa, rancangan masa depan, gosip, dan gaya hidup pada ketika ini. Penonton dibawa ke tempat-tempat menarik di Penang. Memang best tengok diorang ni naik para sailing, dinner at Hard Rock cafe, main pool, naik kuda,dan urut spa.

Jimmy Shanley trek selebriti kuda mesra Diana Danielle seksi

Diana juga mengulas lagu Diana terbitan KRU, Penyembuh Rindu yang juga merupakan OST bagi filem Magika. Dalam Magika Diana memegang watak utama, heroin bernama Ayu. Selain Diana banyak lagi nama besar dalam filem ini antaranya ialah M.Nasir, Maya Karin, Ning Baizura, Adibah Noor, Vanidah Imran, Nabil Raja Lawak dan Aznil Hj Nawawi.

Mana yang nak tengok video Trek Selebriti Diana Danielle boleh tengok kat sini :
http://www.videokl.com/media/1390/Trek_Selebriti__Diana_Danielle/

Blog Widget by LinkWithin
Page 1 of 3123

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.