Archive for November, 2009
Nur Kasih Siri Ke 2 Akan Di Filem-kan? VCD/DVD?
Kami ada dengar ura-ura yang Drama Nur Kasih siri ke-2 tidak akan disambung di televisyen tetapi ianya akan diFilemkan di pawagam. Wah! best tu. Mesti Box Office punya lah!

Mana taknya, drama Nur Kasih siri pertama yang masih ditayangkan di TV dan internet(Catchup TV3) sekarang ni dikatakan mencecah 28 juta penonton. Fuh! memang meletop gile cerita ni. Rata-rata peminat memuji adunan jalan cerita, audio visual serta keberkesanan watak yang dihidupkan oleh pelakon-pelakon Drama itu sendiri (Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera). Tahniah kami ucapkan kepada Team Nur Kasih.

Filem Nur Kasih ini disahkan oleh pengarahnya sendiri iaitu Khabir Bhatia yang mahukan Nur Kasih siri 2 ditayangkan dilayar perak atas sambutan luar biasa siri pertama di televisyen. Isterinya yang juga penulis skrip Nur Kasih, Mira Mustaffa kini sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja merangka jalan cerita Filem Nur Kasih.
Khabir Bhatia tidak mempunyai masalah dalam membuat filem Nur Kasih kerana sebelum ini pun sudah tiga buah filem arahannya berjaya ditayangkan dipanggung antaranya ialah filem Cinta, Sepi, dan Setem.
Selain Nur Kasih, Khabir Bhatia juga mengarah beberapa buah drama lain iaitu Manjalara, Hartamas, Kekasihku Seru dan Tower 13.
Menurutnya lagi Filem Nur Kasih merupakan sambungan kepada 26 episod siri pertama.
Sama-sama kita nantikan kemunculan Filem Nur Kasih nanti.
* Tak sabar rasanya kami untuk melihat artis kesayangan kami Remy Ishak yang macho dan Tiz Zaqyah yang ayu kat panggung. Korang pun jangan lupa sama-sama penuhkan panggung bila Filem Nur Kasih nanti keluar tau. Biasanya kalau dah ada filem mesti nanti keluar VCD/DVD kan? Boleh la rembat sekali buat koleksi, Yay!
Malam Sehati Berdansa Musim ke-3 Minggu ke-2
Malam semalam berlangsung sudah Malam Sehati Berdansa Musim ke-3 Minggu yang ke-2.
Pada kali ini tema Disko digunakan bagi menguji kretiviti Koreographer dan kelincangan pasangan artis dan selebriti dalam tarian mereka.

Rata-rata persembahan malam ni kami rasa OK sahaja, pada kami malam disko musim yang lalu lebih menarik dan mencabar jiwa.
Dari pemerhatian kami, ada sedikit pertikaian dengan pemarkahan juri. Ada peserta yang kami fikir patut dapat markah lebih tetapi dinafikan begitu juga sebaliknya. Malah malam semalam juga tercatit satu rekod baru apabila akak Anita Sarawak memberi markah penuh 100 kepada pasangan Sazzy dan Nazril.
Juga markah yang diberikan kepada pasangan Enot dan Zainul nampak seperti markah kesihan, ye la walaupun kami memuji semangat mereka meneruskan persembahan walaupun selepas mendapat kecederaan tetapi bab markah perlulah profesional.
Apapun mari kita layan video Malam Sehati Berdansa Musim ke-3 Minggu ke-2 dibawah.
Video Pasangan1 = Isma & Zul – Separuh Masa, Pasangan 2 = Sein & Nana – Le Freak, Pasangan 3 = Anita & Ismadi – Pilihlah Aku :
Video Pasangan 4 = Dira & Ash – Let’s Dance Together, Pasangan 5 = Mirna & Noorah – Staying Alive, Pasangan 6 = Enot & Zainul – Gina :
Video Pasangan 7 = Didie & Sham – Hey Hey Teksi, Pasangan 8 = Oshin & Firdaus – Let’s All Chant,Pasangan 9 = Sazzy & Nazril – Funky Town:
Enjoy!
Aishah AF7 Pilih Qhaud Jejaka Istimewa
Aishah AF7 Pilih Qhaud Jejaka Istimewa?
Itulah persoalah yang cuba diajukan oleh Selebriti di MetroAhad terhadap gadis cilik molek yang bernama Aishah.
Suatu di Akademi Fantasia 7 Aishah sering digosip bersama dengan Akim, AC Mizal sendiri sering mengusik mereka berdua. Namun kini hubungan mereka dilihat dingin, namun dalam senyap Aishah sebenarnya memendap cerita yang dia kini tidak bersendirian.

Aishah mengaku yang dia kini berkahwan rapat dengan bekas AF7 juga iaitu Qhaud. Aishah menambah mereka mula mesra selepas kembara AF7 berakhir.
Kata-katanya itu dikuatkan lagi apabila Qhaud sendiri menemaninya semasa ke sesi fotografi Selebriti dijalankan.
Anak kelahiran Kuching Sarawak ini menambah yang hubungan mereka masih diperingkat permulaan dan mereka menyerahkan hal jodoh kepada-Nya.
Kami diblog selebriti ingin tumpang gembira dengan hubungan mereka, namun mereka perlu ingat mereka ni masih mentah dalam dunia hiburan, apatah lagi dalam hal kedihupan. Harapnya mereka dapat merancang pejalanan hidup mereka dengan baik agar berbahagia hingga ke akhir hayat. Boleh ikut contoh abang akak mereka iaitu Khai dan Rosma, minta tunjuk ajar dari mereka.
Video Azwan Ali Menangis Komen Doa Dia jadi Anjing
Azwan Ali sudah bertaubat?
Persoalan ini sebenarnya sudah berlegar dihampir setiap artis, selebriti , peminat mahupun wartawan sejurus Azwan Ali menyatakan hasrat untuk menunaikan Umrah/Haji.

Persoalan ini dikuatkan lagi dengan artikel-artikel dimedia cetak juga diblog-blog gosip dan hiburan diinternet yang menyatakan hasrat Azwan Ali untuk bertaubat dan berhenti daripada membuat gosip, komen dan kritikan lazer kepada sesiapa sahaja.
Kenyataan ini bertambah kuat apabila kami juga ada menulis artikel semasa Azwan Ali muncul dengan penambilan yang lebih maskulin semasa dijemput ke studio AC Sempoi.
Kini Azwan Ali “Baru” muncul pula diMelodi. Lebih meyakinkan apabila Azwan Ali tersentap dengan soalan yang kononnya ada orang mendoakannya menjadi anjing ketika di Ka’abah nanti.
Azwan Ali yang tersedu, kelihatan hilang kata-kata buat seketika dan hanya dapat mengalirkan air mata mencurah-curah.
Kami bukanlah hendak menyokong mana-mana pihak, tetapi jika manusia itu hendak berubah kearah kebaikan kami setuju sahaja. Itulah yang sebaik-baiknya. Ikuti ramakan video melodi dibawah untuk melihat Azwan Ali menangis :
Lagi Gambar Azwan Ali menagis insaf dan bertaubat diMelodi:














